Friday, 20 May 2011

Adakah Istilah Putus Saff ?

Adakah anda pernah  berada dalam situasi di mana anda di dalam masjid bersama anak anda dan di suruh pergi ke saf-saf yang ke belakang  kerana dikhuatiri "putus saaf" kerana kemungkinan anak anda belum baligh/ belum berkhatan ?


Pernahkah kita selidik kesohehan istilah "putus saff" ini; dari kitab mana, hadith mana atau kita hanya mengikut sahaja (taqleed) ? 


Tidak ada hadith yang diketahui yang mengatakan yang anak mesti berada di saff yang asing;  hanya satu hadith yang ada dari Ad-Daruqutni yang statusnya munqotiq (terputus).


Ini bererti tiada istilah putus saff dalam Islam dari segi usia. Hanya lah saff-saff  antara bahagian lelaki dan perempuan mesti berasingan dan bahagian kaum wanita di belakang kaum lelaki.


Saff tidak putus selagi ma'mum dapat melihat imam atau ma'mum dapat melihat ma'mum yang lain dan seterusnya hinggalah saff yang melihat imam.


Wallahua'lam 

1 comment:

McRoddy said...

Ustaz Hussein Yee would advise to have the youngsters to stand di hujung saff.