Tuesday, 31 May 2011

Kenapa suka 'judge' orang ?

Kita berada di kalangan orang yang suka judge orang.  Kenapa umat Islam yang katanya Islam itu indah, mereka yang kerap kali tidak mengamalkan Islam. 


Berabad-abad dahulu Nabi berkata 'berbahagialah orang yang sibuk dengan aib dirinya sendiri daripada sibuk dengan aib orang lain". 


Kita kata 'orang itu salah', tanya diri kita, sebenarkah apakah diri kita ini ? Bila kita kata 'dia tu tak cantik' - secantik manakah diri kita ini ? Bila kita kata 'dia ni bodoh' -  sepandai manakah diri kita ini ? Bila kita menuding satu jari, 4 jari menunjuk pada diri kita.


Kalau kamu beriman, jagalah diri kamu, keluarga kamu dari api neraka.  [ Surah At-Tahrim ( 66 : 6 ) ] Bukan 'jaga' jiran, atau orang lain. Maknanya, sekira kita orang beriman, amalan "busy body" ini tidak kita amalkan. 


Amar Ma'ruf ( perintah kepada berbuat baik)  bererti jika orang it datang kepada kita mintak nasihat, kita harus memberi nasihat.


Mencegah kepada kemungkaran ( Nahi Munkar ) adalah mencegahkan kesalahan yang dilihat dengan mata  bukan dengan mencari kesilapan orang, mengintip rumah orang atau  menyerbu rumah orang.


Rujukan Hadith : Anas r.a. Allah's Messenger s.a.w. said, "Blessed is he who is preoccupied with his defects rather than those of the other people."[ Al-Bazzar reported it with a good chain narrators ]

No comments: