Friday, 27 May 2011

Matlamat Ibadah

  • Ibadah itu hanyalah wasilah. Matlamatnya adalah apa yang dihasilkan daripada ibadah tersebut. 
  • Sekiranya kita tidak mencapai matlamat ibadah kita, kita tidak boleh mengatakakan yang kita sudah beribadah;  kita hanya mengerjakan ibadah tersebut;  tanpa ada apa-apa effect positive pada diri kita. 
  • Orang yang mencapai matlamat ibadah solat, puasa, zakat dan haji mereka akan terlihat kesan positive itu pada mereka. 
  • Mereka takut dan malu untuk melakukan perbuatan keji atau munkar ( contohnya tidak celupar, tidak menyakiti hati orang, tidak mengadu domba ), bertakwa, suci harta benda, suci dari sifat tercela, dan taat dan tunduk kepada perintah Allah.
  • MATLAMAT SOLAT
Solat itu, matlamatnya adalah "tanha anil fahsya'i walmunkar" - mencegah daripada perbuatan keji dan munkar. ( rujuk surah Ankabut 29 : 45 ) 
Orang yang solat, keluar dari solatnya, dirinya sudah lepas daripada perbuatan keji dan munkar. 
    • Fahsya adalah segala perbuatan keji yang effect nya negative yang kembali pada diri sendiri ( meminum khomar )
    • Munkar adalah segala perbuatan yang effect yang negative pada orang lain (vandalism, memotong hutan sebarangan, meminum khomar )
Solat itu adalah wasilah (alat) untuk mendidik /educate manusia supaya manusia memiliki profile peribadi seseorang yang mencegah dirinya terlibatnya dalam perbuatan keji dan mungkar. Bermakna, apabila seseorang apabila dia solat, tetapi dirinya masih lagi terlibat dalam perkara yang keji dan maksiat. Maknanya dia belum solat. Dia baru mengerjakan solat. Sebab itu dalam Al-Quran kita tidak akan menemukan perintah "kerjakan solat ( I' alussolaah ) . Yang ada ialah "tegakkan solat " (Aqiimusolaah ). Bezanya "Aqiimu" iaitu menegakkan - solat yang memberi effect kepada diri seseorang.

Allah mahu manusia tercegah daripada sifat2 "mazmuumah", sifat2 buruk - sifat2 keji dan munkar.
  • MATLAMAT PUASA
Matlamatnya adalah dari hujung ayat 2 : 183, Al-Baqarah - "La allakum tattaquun" 

Puasa itu hanyalah alat / media / wasilah untuk membentuk peribadi takwa. Sudahkah kita menjadi profile orang yang bertakwa kepada Allah ? Takwa bukan bererti takut. Takwa bermakna berpegang teguh kepada agama Allah dengan pegangan yang kuat. Sifat takut itu lahir daripada kita berpegang teguh kepada agama Allah.


Imam Abu Laits As Samarqand ( seorang aalim dalam bidang sunnah) mengatakan setiap huruf takwa itu mewakili sifat orangnya :
  1.  Ta = Tawaadu' - humble/sifat merendah hati/diri bukan rendah budi. Dia sedar apa yang manusia memberi dia tidak ada effect kepada Allah. Based on root word,  makna pertama 1) Orang yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah. Makna kedua 2) Orang yang kuat berpegang teguh kepada agama Allah. Puasa membentuk peribadi yang keluar dari bulan Ramadhan sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah.
  2. Qaf = Qanaah - cukup dengan apa yang Allah berikan. Dari sifat Qanaah ini lahir sifat syukur. Adalah mustahil seorang itu bersyukur kepada Allah kalau ada dalam dirinya kurang, kurang dan kurang. Sifat qanaah ini bukan bererti Islam melarang kita untuk berusaha. Islam menyuruh kita untuk tetap berusaha. Sampai pada satu titik, kita mesti ingat  kita mesti ada sifat qanaah dalam diri kita. Sifat qanaah juga mengelakkan kita dari mempunyai sifat tama' haloba, melahirkan peribadi yang terlepas dari sifat tama' dan haloba itu dan melahirkan sifat syukur kepada Allah.
  3. Waw = Wara' - Bukan bererti orang alim - Wara' bererti seseorang yang menjaga dirinya daripada terlibat daripada perkara shubuhat. Meaning tak confirm halal atau haram. Wara' boleh juga diterjemahkan ihtiyaat ( berhati-hati ). Sesuatu yang tidak jelas kedudukannya samaada dia halal atau haram. Orang yang berhati-hati ini ada nilai wara' dalam dirinya.
  4. Ya' = Yaqin - Yaqin dengan semua janji2 Allah dan semua ancaman Allah. Bukan setakat percaya, tapi yaqin.
  • MATLAMAT ZAKAT
Matlamat zakat ada 2, iaitu tathiir (sucikan diri secara zahir ) dan tazkiyah (sucikan diri secara batin) ( bersedekah dan berzakat )

Seseorang itu telah mencapai matlamat zakat sekiranya dia sucikan harta benda dan dirinya sudah bersih daripada perbuatan2 tercela.
  • MATLAMAT HAJI
Matlamat haji adalah mendengar dan taat. Itu sebabnya bila masuk musim haji, kita masuk pada ihram, kita kata "LabaikAllahumma la baik" - Aku datang Ya Allah, Aku dengar seruan engkau.

Matlamat haji itu ialah membentuk peribadi yang mahu mendengar perintah Allah dan taat dan tunduk kepada Allah. 


No comments: