Wednesday, 18 May 2011

Prosess Pengharaman Khomar ( minuman yang memabukkan)

Pengharaman khomar melalui 3 fasa dimana pada fasa pertama dan kedua, tiada perintah larangan yang menunjukkan kepada haram sehinggalah ia mula diharamkan pada fasa ketiga seperti berikut :




1.     FASA PERTAMA : Al-Baqarah ( 2 : 219 ) 
 يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ [٢:٢١٩]

Mereka bertanyakan kepadamu tentang khomar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manafa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manafa'atnya".....

Pada waktu itu khomar bermanafaat dari segi ekonomi.

2.     FASA KEDUA : An-Nisa' ( 4 : 43 )

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا [٤:٤٣]

Hai, orang2 yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan........"
      • Telah dikatakan ada kenduri di rumah Abdur Rahman bin Auf.   Apabila tiba waktu solat, imam telah membaca surah Al-Kaafiruun dalam solatnya. Akan tetapi bacaan itu mengandungi beberapa kesilapan oleh kerana mabuk lalu perintah untuk solat dalam keadaan yang tidak mabuk diturunkan.

3.     FASA KETIGA : Surah Al-Maidah ( 5 : 90 - 91 ) 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [٥:٩٠]

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ [٥:٩١]

Hai orang2 yang beriman, sesungguhnya (meminum) khomar (arak), berjudi, berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khomar (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan solat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu )
    • Pengharaman khomar diturunkan di Madinah apabila umat Islam pada waktu itu sudah kuat akidah. Di waktu Madinah dibanjiri khomar, minuman khomar berleluasa, perintah Allah dengan serta merta ditaati oleh kerana akidah yang kuat.
"Sesungguhnya jawapan orang2 mu'min bila mereka di panggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan 'Kami mendengar dan kami patuh' Dan mereka itulah orang2 yang beruntung." [ Surah An - Nur ( 24 : 51 )]


إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ [٢٤:٥١]



سمعنا وأطعنا
Kami mendengar dan kami patuh


  • Jangkamasa dari turunnya ayat 219, Al-Baqarah, pada fasa pertama tersebut sehingganya khomar di haramkan adalah lebih kurang 5 tahun

No comments: