Tuesday, 24 May 2011

RASUAH - Laknat Allah atas orang yang menyuap dan yang disuap

Apa2 pemberian yang bersifat mengikat dan ada beban moral adalah rasuah
  • Orang yang menyuap dipanggil Ar-Raashi
  • Orang yang disuap dipanggil Murtashi
HADITH
  1. Allah mengekalkan laknatnya atas orang yang menyuap dan yang disuap
  2. Orang yang menyuap dan disuap, kedua-duanya di api neraka
  • Haram memakan harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Contoh batil :
    1. menipu
    2. menunda-nunda
    3. menyusahkan
    4. menipu
    5. memaksa
    6. tidak jujur
  • Cara yang batil adalah menghulurkan sebahagian daripada harta kamu kepada hakim2 ( orang2 yang ada kuasa / yang menentukan ) supaya kamu dapat mengambil hak orang lain.
  • Hadiah adalah pemberian yang diberikan sebagai tanda penghargaan atas usaha seseorang ( tiada ikatan atau beban moral ).
  • Sariqah ( merompak ) - selepas menunaikan kewajipan kita, dia tidak memberi hak kita dan kita terpaksa "memberi" juga apa yang dikehendaki supaya kita dapat hak kita.
Pemahaman ayat 188 dalam  surah Al-Baqarah ( 2 : 188) :
  1. Haram memakan harta orang lain dengan cara yang lain ( salah )
  2. Batil bermakna segala cara yang tidak mengikut aturan syariat
  3. Dalam ayat ini Allah memberi contoh tentang memberi rasuah atau menyuap
  4. Rasuah adalah pemberian yang bersifat mengikat dan ada beban moral kepada orang yang diberi
    • Keterangan : RASUAH BUKAN HADIAH. Hadiah adalah pemberian yang diberikan sebagai sebentuk penghargaan sesudah pekerjaan atau tugas dilakukan - tidak ada syarat atau ikatan moral
  5. Cara mengambil harta orang lain dengan batil jelas membawa kepada dosa besar
Tidak ada manusia yang tidak tahu bahawa rasuah itu salah.

Kesalahan yang dilakukan sebab kejahilan tidak sama dosanya disisi Allah berbanding dosa yang dilakukan dengan pengetahuannya.




[ Rujukan Al Baqarah ( 2: 188 )  - Ayat Rasuah ( Rishwah ) ]


No comments: