Sunday, 29 May 2011

Makin tambah ilmu seseorang, makin kurang ia bercakap

Tambah ilmu sesorang, makin kurang ia bercakap. Sebab dia takut. Menurut kata Ustaz, kalau pergi ke Mekah atau Madinah, pensayarah2, kalau orang tidak faham, orang kata sombong. Bukan sombong. Tapi mereka begitu menjaga. Kata Rasul s.a.w. berapa ramai di akhirat nanti, orang2 ahli ibadah, dia tidak jadi masuk syurga sebab angkara lidah.


Sehingga seorang sahabat Rasullullah s.a.w. datang kepada Rasulullah s.a.w. dia kata "Ya Rasulullah, saya sudah buat yang fardhu, saya sudah buat yang sunat, sampai tak tau apa nak buat  lagi Ya Rasulullah. Adakah boleh dijamin saya ke syurga ? " Kata Nabi, "Tak...selagi kamu tidak menjaga lidah."


Mulut adalah gambaran hati. No such thing as "Mulut dia aje laser, tapi hati dia baik." Sebab itu dikatakan hati budi seseorang. Hati dahulu baru nampak budi seseorang - itu lah akhlaknya.

No comments: