Friday, 20 May 2011

Tuduhan Bukan Perkara yang Ringan ( Apa dia Khazf & Li'an ? )

Islam adalah agama kesederhanaan (اقتصاد ). Sekiranya kita melihat masaalah dalam masyarakat, kita mesti melihat problemnya dan bukan individu dan mesti adil . 
  • Khazf
Khazf  -  melempar tuduhan kepada orang yang baik itu berzina ( atau apa sahaja yang melibatkan seks )


Dalam tidak diterimanya orang yang pernah mengkhazfkan orang lain kesaksiannya, para ulama' terbahagi kepada 2 kumpulan; iaitu yang pertama mengatakan ;


1.  Apabila mereka bertaubat, maka kesaksian mereka kembali diterima dan ulama' menyatakan ketentuan Allah itu bersifat abad (selama-lamanya). 


Sementara masaalah taubat itu masaalah seorang hamba dengan Allah dan kita tidak boleh men"justify"  orang ini, taubatnya diterima ataupun tidak. Jadi secara zahirnya kata ulama' yang kedua ;

2.    dia sudah telah mengkhazfkan orang dengan tidak membawa saksi. Maka secara zahirnya jugak, dia tidak diterima kesaksiannya selama-lama nya.

Masaalah taubat itu adalah antara dia dan Allah. Kalau dengan taubat maka selesai masaalah, kejahatan akan bermaharajalela di dunia ini. Yang bunuh orang, dia bertaubat, hakim lepaskan pasal dia sudah bertaubat !

Taubat in urusan individu dengan Allah akan tetapi hukum tetap hukum. Ustaz mengambil pendapat ulama' kedua ;

Apabila orang sudah jatuh pada tuduhan khazf maknanya dia sudah berani menghazf orang lain tanpa bawa saksi apa2, maka tidak diterima kesaksiannya selama-lamanya dan selama-lamanya membawa gelar 'kehormatan' FASIK.

Hukum Khazf

Dalam situasi tuduhan dilemparkan terhadap orang ( berbuat zina )  tanpa membawa empat orang  saksi yang diterima kesaksiannya ( bukan orang2 yang fasik)  Hukuman bagi yang menuduh adalah 80 sebatan dan selama-lamanya (sampai mati) yang menuduh tidak boleh menjadi saksi  ( rujukan : Surah An-Nur  24 : 4 )

Orang2 ini, Allah kata, adalah orang2 yang fasik.

  • Li'an
Khazf dan Li'an adalah sama hanya hukum Li'an hanya untuk pasangan suami isteri dengan syarat2 berikut (rujukan An-Nur 24 : 6 - 9 ) :


Hukum Li'an
  1. Mengangkat sumpah (suami ) dengan 4 kesaksian bahawa dia betul2 benar melihat pasangannya berzina. Sesudah 4 kali syahadah, ia sanggup terima kutukan Allah sekira dia berdusta
  2. Isteri hendaklah bersumpah dengan nama Allah bahawa suaminya berbohong.
  3. Jika isteri berbohong (bahawa suaminya berbohong), ia sanggup terima kutukan Allah sekira dia berdusta.
  4. Lepas saling bersaksi, jatuhlah fasakh (di hadapan hakim)
Li'an datang sesudah seorang suami tidak boleh membawa saksi.
Kalau suami sudah ada saksi, tidak perlu li'an


Dalam Islam saksi dan bukti tidak sama. Bukti bersifat accessories,iaitu  pelengkap . Yang diminta adalah saksi.


Bukti boleh diubahsuai. DNA boeh diubahsuai. Alat DNA pun manusia yang buat, boleh diubahsuai. 


Sekiranya orang menipu, urusan diserahkan kepada Allah.


Sebelum kita menuduh orang lain dengan apa2 tuduhan, cermin diri - adakah kita cukup sempurna atau suci untuk menuduh orang lain lebih buruk dari kita.


Apabila kita menuduh seseorang, ia melibatkan maruah seseorang. Dalam Islam, tidak boleh sentuh 3 perkara :
  1. Darah ( دم )
  2. Harta   ( مال )
  3. Maruah (Harga Diri)  ( عرض )

No comments: