Thursday, 16 June 2011

Adab sebagai tetamu

Betapa pentingnya bab bertamu, Allah sebut dalam surah An-Nur 24: 27-28. Allah kata as long as itu bukan rumah kamu, pastikan tuan rumah beri kebenaran untuk masuk dan kamu mengucapkan salam. Maknanya tamu yang ucap salam dahulu, bukan tuan rumah.


An-Nur, ayat 28 ; Kalau kamu tak menjumpai sesiapa di dalamnya; sama ada memang tak nampak atau tuan rumah tak menampakkan diri; ini hak orang, dia tak nak dikacau. Kita nampak kereta ada, kasut ada confirm dia ada. Tapi, kita tak tau tuan rumah tengah ada masaalah, mungkin baru bergaduh suami isteri, jangan paksa orang untuk menerima kita. Kalau dia kata balik, baliklah.  Sikap dia sudah cukup untuk memberitahu yang dia nak kita balik; tidak perlu dia lafazkan balik.

Allah kata balik. 

Kalau kita bertamu rumah orang, dia asyik tengok jam, itu isyarat. Allah kata "Yang sedemikian itu membersihkan kamu daripada daripada tuduhan2 dibelakang" . Biasanya kalau tamu tak reti bahasa, nanti tuan rumah akan cakap dibelakang.

Contohnya untuk tamu yang bawa anak yang hyperactive; lepas tu pergi rumah orang, tuan rumah sayang crystal nya. Kita nak pergi rumah orang,  kita ingat, macam ni, consider kalau kita bawa anak hyperactive macam mana? Lepas tu anak baling barang, pecah barang tuan rumah, dia kata tak pe, tak pe tapi hati geram. Besar kemungkinan, balik nanti dia akan kutuk kita kat belakang. 


Bertamu pun Allah ajar.

Ini adab.

No comments: