Sunday, 12 June 2011

Adakah boleh cantum puasa sunat Syawal (Puasa Enam) dan qadha' puasa Ramadhan ?

Puasa qadha' dan sunat tidak boleh di cantumkan. (two in one). Semua ibadah tidak boleh "two in one".


Seperti misalnya kalau kita solat zuhr di niatkan dengan qabliah dan ba'diah sekali ; memang tak boleh. Boleh tak solat Isyak dengan tahajjud sekali atau boleh kah kita cantumkan zakat fitrah dengan sedekah. Sudah tentu tidak boleh.


Jangan mendahulukan yang sunat sebelum yang wajib. Kita wajib kerjakan yang wajib dahulu.


Tapi misalnya kita berhutang 15 hari puasa Ramadhan, Lepas itu masuk  syawal dan 10 hari bulan syawal kita penuh dengan tetamu. Maknanya balance tingal 5 hari, untuk mengerjakan puasa Syawal, lepas kita mengadha' yang wajib 15 hari itu. Mungkin tidak kesempatan menunaikan puasa sunat syawal.


Disini dalam fiqh (kefahaman), ada dipanggil dengan fardhu muaqqad dan ghairu muaqqad. Muaqqad makna sesuatu yang ditetapkan masanya dan sesuatu yang tidak letakkan masanya.


Puasa Ramadhan kita boleh mengqadha' sehingga Ramadhan yang datang sementara syawal untuk bulan syawal sahaja. Jadi puasa syawal muaqqad. Puasa qadha' Ramadhan bebas untuk dilakukan hingga Ramadhan yang akan datang,


Jadi misalnya pada 10 syawal tidak dapat puasa lagi. Kemudian kita bermula puasa qadha' pada 11 syawal, Lepas itu tamu ramai datang hinggalah 15 syawal kita tidak dapat berpuasa fardhu ataupun syawal. 16 syawal baru boleh puasa. Dan kalau kita qadha terus, tak sempat puasa syawal. 


Solution nya adalah kita mula dengan qadha' dahulu, katakan 5 hari, kemudian kerjakan sunat syawal. Selebihnya tunaikan balance qadha' Ramadhan itu sebelum masuk ramadhan yang akan datang.


Yang tidak boleh adalah hutang yang belum bayar lagi, kita menghabiskan Syawal dengan puasa Syawal, padahal kita masih boleh bayar qadha'.


Apapun dalam Islam tidak boleh satu amalan diniatkan dua.

No comments: