Monday, 20 June 2011

Al-A'immah Arbaah pt 1 - Imam Abu Hanifah

Sebenarnya Imam mazhab begitu ramai dalam Islam hanya yang masyhur (famous ) hingga hari ini diguna pakai aliran fiqh mereka adalah empat. Walaupun dalam dunia Islam bukan empat ini sahaja.


Ada mazhab Imam Abu Thawri, mazhab Imam Awzza'ii, mazhab Imam Abu Daud Az-Zaahiriin, mazhab Abu Sufyan Uyaynah. Tapi mereka tak se popular keempat-empat orang ini.


Maka dipanggil mereka Al-A'immah ArbaahAl-A'immah plural untuk Imam. Seorang daripada mereka adalah Imam Abu Hanifah.


Imam Abu Hanifah
Imam pertama ( yang terkenal ) dalam sejarah mazhab dalam Islam ialah Imam Abu Hanifah. Nama beliau Nu'man Ibn Thaabit. Nu'man Ibn Thaabit adalah nama asal beliau. Abu Hanifah adalah gelarannya.


Beliau dilahirkan disebuah bandar Ambar, di Kufah, Iran pada tahun 80 hijrah. Beliau lahir pada dynasty Umayyah. Beliau wafat pada tahun 150 hijrah di Baghdad, Iraq. Beliau adalah masuk kategori tabi'in; sempat berjumpa sahabat, contohnya Ibn Abbas, Anas bin Maalik.


Pada ketika itu, untuk beliau mencari hadith, beliau mesti cari orangnya, mencari sahabat. Sebab ketika itu belum ada pembukuan lagi. Maknanya kalau ada penulisan pun masih ada pada tangan para sahabat. Masih belum dihimpunkan lagi. Sehingga untuk hendak mencari hadith sahaja, beliau perlu berjalan di padang pasir berbulan-bulan untuk mencari sahabat. Katakan beliau menemui seorang sahabat Huzaifah Al-Yamani (orang Yaman). Bermakna dari Kufah, Iran beliau menaiki unta selama 18 hari perjalanan menuju ke Yaman, untuk mencari satu hadith sahaja. Lepas tu balik. Lepas tu pergi pulak ke Mesir, untuk cari satu lagi hadith, selama 30 hari perjalanan. Bermakna usia beliau habis untuk mencari ilmu. Itu satu sebab kenapa beliau tidak sempat bernikah.


Diantara karya besar beliau yang masih dipakai hari ini adalah sebuah kitab dipanggil "Al-Fiqh-Ul-Akbar". Kerana pada zaman beliau ketika itu masih belum terdapat hadith2 yang belum di bukukan. Sementara tuntutan masaalah masyarakat memerlukan kepada rujukan hadith2 dan keterbatasan hadith yang  ada pada diri beliau, maka Imam Hanafi atau Imam Abu Hanifah menggunakan pendapat (ra'yun).  Sebab itulah mazhab Abu Hanifah dipanggil dengan Mazhab Ahlul Ra'yii; "mereka yang kerap kali menggunakan pendapat". 


Disini bukan beliau nak buat begitu. Keterpaksaan dan keterbatasan hadith yang ada pada diri beliau sementara masyarakat menuntut jawapan. Maka kerap kali beliau gunakan pendapat yang disokong dengan pemahaman hadith yang terdapat dalam diri beliau. Sebab itulah, dari segi kekuatan mazhab, sebenarnya mazhab Imam Abu Hanifah dikatakan agak lemah dari segi pendalilan. Ini adalah hakikat yang agak susah diterima oleh pengikut mazhab Hanafi.


Sebab pada zaman Imam Hanafi, tak macam sekarang. Nak cari hadith sekarang boleh click di internet, library. Pada zaman beliau tidak ada lagi. Jadi, oleh sebab faktor usia dan sebab2 yang tersebut di atas, maka tidak banyak hadith yang diterima oleh Imam Bukhari, Saheh Bukhari. Contohnya dalam Mazhab Hanafi, toma'ninah tidak masuk rukun solat. Ia masuk hanya dalam kategori wajib. 


Apa bezanya rukun dan wajib? Kalau wajib solat, tak buat, solat sah tapi berdosa. Kalau rukun, kalau tak buat, solatnya tak sah. Toma'ninah dalam mazhab Shafie adalah rukun; maknanya kalau orang tidak toma'ninah tak sah solat. Bila masuk Ramadhan, kebanyakan di Malaysia, yang mengatakan mereka mazhab Shafie, berpindah ke mazhab Hanafi !

No comments: