Monday, 27 June 2011

Al-A'immah Arbaah pt 4 - Imam Ahmad Ibn Hanbal

Imam Ahmad Ibn Hanbal dilahirkan di Baghdad pada 164 hijrah, pada Jumaat 12 Rabi'ulawal. Gelarnya Imam Hambali. Beliau wafat pada usia 77 tahun pada 241 hijrah. Kedua Imam Ahmad dan Imam Syafie masuk pada kategori tabi'ut tabi'in. Bermakna keduanya tidak sempat jumpa sahabat, hanya sempat jumpa tabi'in sahaja. Dan masuk dalam kategori 3 generasi yang paling utama dalam Islam, iaitu Salaf. Sesiapa yang lahir selepas tahun 241 hijrah mereka dikategorkan pada generasi khalaf.


Subhanallah, maha suci Allah yang telah menjadikan ketiga ini satu rangkaian sehingga orang tidak boleh condemn satu dengan dan lain. Imam Malik guru Imam Syafie, Imam Syafie guru Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Malik itu tidak berguru dengan Imam Hanafi tapi mereka hidup dalam satu generasi. Satu di Kufah, Omam Maalik di Madinah. Satu karya Imam Ahmad ialah Musnad ( bererti sandaran/reference ).

No comments: