Thursday, 16 June 2011

Budaya cakap berlapik - sometimes terlalu berlapik jadi munafik

Kita perlu merubah beberapa habit. Meskipun budaya dalam masyarakat kita ini berlapik but sometimes terlalu berlapik menjadi munafik. Maknanya kita menzahirkan apa yang bukan di dalam hati.


Contoh :  Bila orang bertamu di rumah kita sampai pukul 11 malam, 12 malam. Kita pun dah puas menguap-nguap. Tapi bila tamu tanya "Ngantuk ye ?" , kita kata " Takde lah, biasalah, kita malam macam ni.". Kita masih lagi berlapik. Takut menyinggung perasaan. Tak sama yang di hati dengan yang zahir.


BASH
Apa cara orang Islam gunakan ? Bash ! (Pronounced, as in bus/bas with "h" ). Bash maknanya "what next ? ", apa lagi ?. Kalau pergi rumah orang Arab, lepas sembang2 dia kata "Bash!" - ok, apa lagi ? Orang tak tersinggung. Dah biasa. Katakan kita pergi pejabat kerajaan " dia kata apa2 lagi Encik? ". Istilah  "apa2 lagi"  itu lah "Bash !"


Bash tu, makan pun dah habis, sembang pun dah habis, semua dah habis, apa lagi ? Ia bukan negative.


What should we as tuan rumah say, "Nice to talk to you. Actually kita seronok bercakap tapi esok kita ada hal lagi. ".


Masaalah orang tu nak terasa atau tak terasa itu hak dia. Hidup ni bila kita nak seronokkan hati orang, tak boleh hidup. Kita nak entertain semua orang, sampai mati pun, orang tak akan puas hati.


As long as kita buat tu betul dan itu hak kita, ( macam tadi, kita nak berehat, pukul satu malam pun tak balik2 lagi, apa ni ?).


Bahkan dalam Islam, sebenarnya tuan rumah punya hak totally "menghalau tetamu".



Kalau tuan rumah kata "aku dah mengantuk ni, baliklah ". Tak salah. Kalau orang tu tersinggung, dia salah. Sebab dia menganggu hak orang lain. Jangan kita paksa orang meraikan kita.


Ini banyak dalam akhlak, bab tamu. Betapa pentingnya bertamu, Allah sebut dalam suran An-Nur dalam Al-Quran [ 24 : 27-28 ].


Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah mu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu, agar kamu (selalu) ingat.


Jika kamu tidak menemui seseorang di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu dapat izin. Dan jika dikatakan kepada kamu "Kembali (saja) lah", maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

No comments: