Sunday, 5 June 2011

Cara bertamu

"............dan bukan merupakan kebajikan memasuki rumah2 dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang2 yang bertakwa. Dan masuklah ke rumah2 itu dari pintu2nya ; dan bertakwalah kepada Allah nescaya kamu beruntung " ( Al-Baqarah 2:189 )


Diantara kebiasaan orang2 jahiliah dahulu dan mungkin hari ini masih lagi diamalkan, orang suka bertamu melalui belakang. Mereka anggap bila bertamu dari belakang itu lebih familiar berbanding dengan depan - mereka kata macam formal. Untuk menunjukkan mereka close dengan tuan rumah itu, mereka akan lalu melalui belakang. Mungkin masih dipraktikkan sekarang.


Nabi melarang. Al-Quran melarang. Ini adalah tradisi yang bukan daripada Islam.


Bukanlah baik (tidak elok) kamu mendatangi daripada belakang tapi kebaikan itu adalah daripada orang yang bertakwa. Diantara cara bertakwa adalah datangilah ke rumah orang dari pintu2nya ( maknanya pintu depan).


Hatta dalam bab bertamu pun diatur oleh Allah dalam Al-Quran. Cara masuk pintu pun diatur oleh Allah. Demikian itu takutlah kepada Allah, nescaya kamu akan dapat kejayaan.


( Rujukan : Al-Baqarah 2:189)


Tafsir : Mon 6/6/11

No comments: