Wednesday, 8 June 2011

Ghadab ( Marah )

Ghadab (marah) itu  menghapus setengah pahala.


Bila orang marah kepada kita , kita bersyukur, Alhamdulillah 

  1. Kerana bukan kita yang marah.
  2. Pahala kita tidak kurang
Ghadab yang macam mana yang tidak boleh ? Yang disebabkan oleh hawa nafsu.

Tapi ghadab kerana Allah berpahala. Contohnya; Kita nampak anak tak solat, kita marah. Marah tu bukan marah dia, tapi marah perbuatan dia meninggalkan solat. Kita masih sayang dengan batang tubuhnya; dengan anaknya. Tapi perbuatan tu, kita marah sebab dia tidak solat. Bermakna Ghadab itu kerana Allah.

Nabi s.a.w., kata A'ishah,  selama berumah tangga dengan Rasulullah s.a.w., beliau tidak pernah marah sebab nafsu. Beliau marah sebab orang tersebut melanggar perintah Allah. Kalau orang tersebut menyinggung Nabi yang melibatkan personal, Nabi tidak marah. Bila mereka menyindir Nabi, menghina Nabi, Nabi tidak marah. Tapi kalau melibatkan agama Allah, Nabi marah. Itu Rasulullah s.a.w..

No comments: