Monday, 13 June 2011

Ibadah dan Akidah

Ibadah atau cara ibadah seseorang itu sangat bergantung kepada akidahnya.


Akidah itu kita gambar sebagai akar. Batang pokok, daun, buah, bunga dan sebagainya adalah syariat dan cabang2 nya dikenali sebagai akhlak.


Sebuah pokok itu sangat bergantung kepada akarnya. Kalau akarnya kuat, sihat, maka pokoknya sihat.


Kalau akidahnya betul, syariat, akhlak mesti betul. Tapi kalau seseorang itu syariat itu tidak betul dan akhlaknya subhanallah, maka something wrong dengan akidahnya.


Adakah boleh kita katakan orang yang minum khomar itu betul akidahnya ?


Cara beribadah seseorang atau perlaksanan hukum syariat seseorang sangat bergantung kepada akidahnya.

No comments: