Friday, 10 June 2011

Ibn' Abbas, tokoh tafsir dan ta'weel


Surah An-Nasr. Apabila turunnya ayat " Izajaa anasruAllah hi wal fath ", para sahabat saling bertanya apa yang dimaksud dengan ayat ini. Mereka menggunakan tafsir. Tafsir mereka semua sama iaitu "Apabila telah datang pertolongan Allah, dalam bentuk kejayaan menawan kota Mekah dan kejayaan". Ketika Rasulullah dan para sahabat menguasai kota Mekah dari tangan2 orang Quraisy. Maka turun ayat ini. Sahabat semua tidak memahami ta'weel daripada ayat ini.Tafsir merekanya semua sama tapi mereka tidak memahami disebalik ta'weel daripada ayat ini.

Hanyalah daripada sahabat Ibn' Abbas, seorang tokoh ta'weel dan tafsir yang di i'tiraf Rasulullah s.a.w..Ibn' Abbas adalah sahabat yang paling utama berkenaan tentang ilmu ta'weel. sebab dia inilah yang didoakan Rasulullah s.a.w. ketika masa kecilnya. Rasul mendoa secara personal untuk Ibn' Abbas.

Sehingga semua sahabat, Abu Bakar, Umar, Uthman semua refer kepada Ibn'  Abbas walaupun ketika itu Ibn' Abbas baru berusia 7 tahun. 

Apabila turun ayat ini, diantara ratusan sahabat yang lain semua biasa sahaja, gembira sebab mereka dah conquer Mekah. Hanya Ibn' Abbas sahaja bersedih, menangis. Pembesar, Abu Bakr, Umar, Uthman, mereka bertanya Ibn' Abbas, "ketika kami semua bergembira, kenapa kamu bersedih?" Kata Ibn' Abbas yang berumur 7 tahun ini" Awak tak tau ? 

Ta'weel disebalik ayat ini adalah Nabi dah tak lama lagi dengan kita. Lepas ini Nabi akan meninggalkan kita." Diterangkan oleh Ibni Abbas. " Ini adalah ayat yang merupakan message daripada Allah secara implicit " Bahawa senya," kata Ibn' Abbas," apabila Allah sudah memberi kemenangan kepada umat Islam dan kejayaan, bermaka habislah sudah tugas Rasulullah. Bila dah habis tugas kemudian, Nabi dipanggil oleh Allah"..

Bila mendangar ta'weel ini barulah sahabat semua menangis. Mereka sedih. Kalaulah bukan kerana Ibn' Abbas men ta'weel ayat ini, mereka tak faham. Sebab itulah bukan semua orang boleh men ta'weel kan Al-Quran. Meskipun dia mendapat PhD dalam Al-Quran, tak semestinya ta'weel dia betul. 

Doa Nabi untuk Ibn' Abbas :
أللهم فقهه في الدين
وعلمه التأويل
( Allahumma fakkih hu fiddiin. Waallim hutta'weel )
Ya Allah bagilah dia kefahaman dalam dalam urusan agama dan ajarkannya ta'weel. 

[ Boleh kita doakan untuk anak kita ]

Allah mendengar doa Nabi Muhammad s.a.w.. Maka Ibn Abbas adalah salah seorang yang pandai ber ta'weel. Dua orang sahabat yang pandai ta'weel adalah Ibn' Abbas dan Ibn' Mas'ud. Sebab itu para ulama' tidak membuka ta' weel kepada semua orang. Kita hanya mempelajari  tafsir sahaja.

No comments: