Wednesday, 8 June 2011

Jangan mengikuti apa yang kamu tiada mempunyai pengetahuan padanya.

Dalam beribadah berpada-pada.  Tetapi yang berpada-pada in mesti confirm sunnah Rasulullah daripada kita banyak beribadah, dalil tak ada, Allah akan tanya.



وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا  - ١٧:٣٦
And pursue not that of which thou hast no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning).


[ Al-Isra' 17 : 36 ] Jangan mengikuti apa2 yang kamu tiada mempunyai pengetahuan padanya. 

Jangan ikut sampai kita jelas ada dalil yang membenarkan sesuatu yang kita amalkan. 

Cara beragama orang melayu kita adalah kita melihat, kita mengekor. Akhirnya, kalau dia masuk neraka, kita pun sama mengikut.

Sebab itu lah perintah pertama adalah Iqra', Iqra' , Iqra', bukan perintah solat, puasa, zakat.

Islam itu adalah umat yang suka membaca - mesti ada knowledge. Tapi sayang, first spirit ini yang di pakai oleh orang Barat. Orang Barat suka membaca. Kita suka ikut pemimpin, lepas tu ta'sub, lepas tu bergaduh ! Sebab mengikut, tak ada ilmu, ta'sub, lepas tu bergaduh.

Baca. Kalau kita ikut sejarah Islam, kita adalah orang yang bertamaddun.

Islam menilai kebenaran bukan individu. Kekuatan hujjah itu mustahak.

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.  [Al-Isra' 17 : 36]

No comments: