Sunday, 12 June 2011

Kedatangan Islam di Tanah Melayu dan Nusantara melalui pedagang2/Ulama'

Pada masa zaman Umar Al-Khattab, telah dikirim angkatan ke China. Maknanya apabila sampai tentera ini ke semenanjung China dengan secara automatic,  Islam diterangkan mengikut adat resam orang China untuk mereka menerima Islam.  

Akibatnya, belum habis lagi diterangkan hakikat Islam yang sebenar, para sahabat (mereka yang mengenali dan beriman dengan Rasulullah hingga mereka meninggal ) sudah mula meninggal. Dan tidak ada yang meneruskan, maka besar kemungkinan mereka beranggapan itulah Islam sepenuhnya. Ini berpanjangan sampai generasi selepas dan selepasnya.

Para Ulama' dulu datang ke semenanjung daratan nusantara untuk berniaga sambil berdakwah kepada orang Jawa dan sebagainya, contohnya. Untuk mengambil hati orang Jawa, dan orang2 ketika itu yang kita maklum adalah orang Hindu atau Buddha di Tanah Melayu dan untuk memperkenalkan agama Islam di Tanah Melayu adalah susah.

Caranya adalah ber assimilasi; cuba bercampur dengan mereka; mengubahsuai supaya Islam ini boleh diterima. Ini satu process sahaja, bukan matlamat. Seperti wayang itu daripada orang Hindu, hiburan bagi orang2 hindu. Maka wali2 Allah, kalau nak menafikan wayang serta merta tidak boleh. Sebab mereka sudah sebati dengan wayang nya. Para Wali pun ikut berwayang. Meskipun daripada hindu, tetapi nama2 diubah ke nama Islam. Itu adalah satu prosess. Belum habis proses untuk sampai kepada Islam yang sebenar, para wali sudah meninggal. Akhirnya kita sudah berfikir, inilah Islam yang sebenarnya. Dan ini berterusan hingga zaman sekarang, dimana sudah mulai maju, dan Islam boleh dipelajari di internet, di library, kitab2 dah mulai teratur, ilmu hadith dapat dihimpun semua dan sebagainya. 

Maka datanglah para pelajar yang mendalami Islam. Mereka beritahu, bukan macam ini, sebenarnya macam ini, respon kebanyakan adalah
"Yang kami pelajari daripada nenek moyang kami dan ulama' kami setakat itu"

Inilah reality yang kita hadapi pada hari ini. Susah kita ingin memahamkan orang tentang salaf;  iaitu akidah dan ibadah mereka yang daripada zaman Rasulullah, iaitu sahabat2 dan beberapa generasi selepas itu . Sebab mereka diajar oleh orang2 khalaf (generasi selain daripada salaf ). Dari ini  menjadilah Islam tasawuf, tarikat dan sebagainya.

No comments: