Tuesday, 7 June 2011

Keutamaan Solat Sunat Fajr

Hadith daripada A'ishah r.a. " Tiada sekali2 Nabi s.a.w. ke atas sesuatu daripada ibadah sunat yang paling2 beliau jaga melainkan 2 rak'at solat fajr (solat sunat qabliah subuh )"  - Hadith Mutafqun Alaih ( Hadith Bukhari Muslim)


Keterangan
Diantara semua solat2 sunat, tidak ada solat sunat yang paling Nabi jaga melainkan 2 rak'at sebelum subuh - kita panggil dia dengan 2 rak'at  fajr dan kita kerjakan selepas azan.


Apa saja yang dikerjakan sebelum azan masuk dalam kategori tahajjud. Kalau sudah masuk azan, kita mengerjakan 2 rak'at solat sunat, itu dipanggil solat sunat fajr.


Bagi Imam Muslim, ada keterangan : 2 rak'at solat fajr itu bandingannya adalah lebih baik daripadanya dan segala apa isi. Bermakna kalau manusia itu diberikan tawaran dantara mendapat dunia dengan segala isinya dan pahala 2 rak'at solat fajr, maka dia akan memilih pahala 2 rak'at solat fajr sekira dia tahu, kata Rasul s.a.w.


Demikian pentingnya sehingga Nabi pernah mengerjakan 2 rak'at sunat fajr ini sesudah solat subuh. Katakanlah contohnya kita bangun saja, sudah azan dan masa yang kita ambil untuk bersedia untuk solat itu tidak mencukupi untuk solat qabliah. Maka kita terus ke masjid dan terus solat subuh 2 rak'at  bersama imam. Kemudian kita ikut. Lepas salam, setakat kita beristighfar 3X ( tidak boleh wirid sampai habis bermakna sengaja mentakhirkan solat fajr ) kemudian kita segera bangun lagi mengerjakan 2 rak'at solat sunat fajr.


Jangan diistilahkan qadha'.There is no qadha'. Bermakna solat fajr tadi masih dalam keadaan solat sunat fajr. Walaupun pada hakikatnya sepatutnya dikerjakannya sebelum subuh tetapi oleh sebab2 yang syar'i maka kita boleh kerjakannya meskipun selepas solat subuh. Demikian pentingnya solat sunat fajr sehingga ia dikerjakan pun selepas solat subuh kalau TERtinggal, Kalau sengaja tak boleh. Kalau sengaja mentakhirkan lepas solat subuh berdosa sebab tidak ada solat sunat selepas subuh.


Secara basicnya haram mengerjakan solat sunat selepas subuh tetapi demikian pentingnya solat sunat 2 rak'at fajr ini, sehingga kalau kita TERtinggal, kita boleh kerjakan selepas solat subuh.


Kalau kita TERbangun lambat;  pukul 12 misalnya. What should we do? Ambil wudhu'. Kemudian solat 2 rak'at sunat fajr.  Bangun lagi, qamat. Teruskan dengan solat subuh.

No comments: