Tuesday, 7 June 2011

Akhlak Rasulullah s.a.w.

Sunnah nabi yang terpenting bukan syariat sebenarnya, tapi akidah dan akhlak; syariat datang kemudian. Dalam 25 tahun Nabi berdakwah, 20 tahun Nabi bahas akhlak sahaja; syariat  hanya 5 tahun sahaja,. Yang membuat orang Arab  yang begitu keras sifat mereka, yang dapat membentuk mereka menjadi orang yang lembut hati sehingga mereka menerima Islam. Sekeras-keras orang Arab bila sebut nama Allah, mereka terus menangis - Apa itu ? Akhlak Rasulullah. Bukan syariat. Jadi, apabila seseorang itu bangga dengan kesempurnaan syariatnya, tetapi tidak digambarkan dalam bentuk sifat atau attitudenya. Maknanya ibadah yang dilakukan tidak membawa apa2 effect. 20 tahun Nabi membina akhlak iaitu akhlak Rasulullah. Hanya 5 tahun saja Nabi  membahas masaalah syariat. Nabi berhijrah ke Madinah. Dengan cuaca Madinah ini Nabi menjauhkan diri (beruzlah) daripada orang2 yang bersikap kasar. Nabi dididik Allah disebuah tempat dengan sifat2/akhlak yang mulia. Diantara sifat yang mulia ini adalah tasaamuh (bertolak ansur).

No comments: