Tuesday, 14 June 2011

Niat di hati, bukan di mulut

Niat itu dihati, bukan dimulut.

Contoh, kita kata "Saya berniat nak main golf". Tapi kita cakap saja dimulut. Tapi kita tak melakukannya. Maknanya, kita tak berniat. 

Malah kalau sesorang itu walaupun tidak melafazkan, tapi dia bergerak, menuju ketempat sesuatu (untuk melakukan sesuatu) itu bermakna dia tengah berniat untuk membuat sesuatu.

Contoh lagi : Pagi tadi kita berniat nak pergi kelas. Tanpa perlu kita niat semalam :


"Saya besok hendak pergi kelas pengajian kerana Allah ta'ala". 


Automatic. Kita siap sedia, ambil buku, bawa kereta, terus sampai ke kelas. Bermakna kita dah berniat dari rumah untuk ke kelas. 


Meskipun kita tak lafazkan niat itu. 


Sebab mustahil orang mengerjakan sesuatu tanpa niat.

No comments: