Wednesday, 1 June 2011

Orang yang Allah kunci hati mereka

Allah menyatakan satu kekecewaan kepada orang yang tidak mahu mempelajari tafsir Al-Quran sehingga Allah kata "Dah sedemikian terkunci ke hati kamu sampai tidak mahu mempelajari Al-Quran? ". 


Kenapa, kata Allah, mereka tidak mahu mempelajari Al-Quran, memahami Al-Quran, sedemikian terkunci hati mereka ? 


Allah mengatakan kekecewaannya kepada orang yang diberi Al-Quran dan tidak mahu mempelajarinya. Mempelajarinya bukan mempelajari tajweednya atau bertarannum ('melagukan' Al-Quran)  semata-mata. 


Disini  para ulama' tafsir Al-Quran mengatakan orang yang tidak  mahu pelajari Al-Quran dalam hidupnya diantara puncanya Allah akan mengunci hati mereka. [Rujukan Surah Muhammad ( 47 : 24 )].


Dan tidak ada musibah yang paling besar bagi manusia melainkan apabila hati dikunci oleh Allah. Apa sebabnya ? Hati kalau dikunci oleh Allah, maka doanya tidak akan didengar oleh Allah, keadaan dirinya tidak akan diperhatikan oleh Allah.


Hati  ini macam aerial TV. Kita kalau beli TV secanggih apa pun, 64 inci, cantik macam mana pun, kalau aerial tak ada, what happens ? Apa boleh kita nampak ? Tidak apa2. Jadi yang belinya bukan hatinya tapi hubungan kita dengan Allah. Aerialnya. Hubungan kita dengan Allah daripada hati kita. Maka bila dikunci oleh Allah hati ini, doa Allah tidak akan dengar, masaalah kita Allah tak nak tengok.

No comments: