Friday, 3 June 2011

Mereka yang berhujjah dengan nenek moyang

Mereka yang berhujjah dengan nenek moyang di sebut dalam Surah Al-Baqarah, ayat 170. Mereka adalah kaum tradisionalis. Mereka kata "Apa yang nenek moyang kami dah ajar dah cukup dah. Apa nak ubah-ubah agama?"  


Sebenarnya yang mengubah-ubah agama adalah mereka. Mereka tidak selesa dengan orang2 yang mahu kembalikan Islam kepada asalnya. Justeru, yang merubah-rubah agama adalah mereka. Mereka sudah berabad-abad lama terbiasa dengan tradisi2 tersebut, meskipun tradisi itu merubah Islam itu sendiri, mereka sudah rasa selesa. Dan fitrah/sifat manusia adalah mereka merasa selesa dengan apa yang sudah menjadi kebiasaan (habit)  mereka.


Mereka adalah orang2 yang jaahil dan tidak mendapat hidayah Allah.  
"Dan apabila dikatakan kepada mereka " Ikutilah apa yang diturunkan Allah." Mereka menjawab, " (Tidak), tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapat dari (perbuatan) nenek moyang kami."  (Apakah mereka akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk ? ". [Al-Baqarah 2:170]

No comments: