Saturday, 25 June 2011

Perbezaan pendapat dalam Islam itu biasa. Yang haram tu bergaduh, bertikam lidah sebab perbezaan pendapat

Cara memahami sebuah hadith  contohnya pemahaman "tangan" dalam sebuah hadith berbeza. Pemahaman Imam Ahmad, Imam Syafie dan Imam Maalik berlainan. Ada yang sampai pergelangan tangan, ada yang sampai siku dan sampai tahap bahu. Bermakna bila berwudhu' , sah mengikut pemahaman hadith tersebut. Sebab mengikut hadith, "tangan" sahaja. Itu cara memahami ayat itu.


Sahabat sendiri pun memahami hadith nabi berbeza. Pada zaman Nabi pun para sahabat kerap kali berbeza pendapat.


Contohnya ; Bila balik peperangan, Nabi kata, "Jangan solat asr' melainkan sesudah sampai di Bani Khuraizah". Disini ada 2 pemahaman sahabat. 


Ada sahabat yang berjalan laju supaya sampai sana, bermakna tak habis/buang masa. 


Ada sahabat juga yang berjalan biasa, sampai di Bani Khuraizah mereka tetapi solat jugak, walaupun dah maghrib. 


Pendapat pertama kata " Ini sindiran saja - Nabi suruh kita supaya kita cepat supaya sampai sana masih waktu asr.. Sebab jarak diantara tempat peperangan ke tempat Bani Khuraizah itu jauh. Perang habis lepas Asr. Mereka kata tak sempat kalau jalan slow slow...Mesti pergi cepat. Supaya sampai masih waktu asr'.


Pendapat kedua : Meski pun sampai di sana waktu maghrib, Nabi kata Jangan solat asr melainkan di Bani Khuraizah. Bermakna sampai sana solat Maghrib atau Isyak ke, kita solat asr' di sana.


Sahabat pun berbeza pendapat, tapi uniknya mereka tak pernah bergaduh. Dalam Islam, perbezaan pendapat itu sah2 sahaja. Tiada masaalah. Jadi masaalah tu bila bergaduh. Tak mungkin kita dapat menyatukan pendapat itu. Perbezaan pendapat dalam Islam itu lumrah, biasa sangat. Ia sah dan dibenarkan dalam Islam.


Yang haram tu bergaduh, bertikam lidah sebab perbezaan pendapat.

No comments: