Saturday, 11 June 2011

Sejarah perkembangan Islam



Kumpulan salaf adalah 3 generasi utama yang disebut oleh Rasulullah saw iaitu :
  1. Sahabat   – mereka berjumpa, bergaul dan beriman kepada Rasul s.a.w. hingga akhir hayat mereka . Meskipun dia berjumpa Rasulullah tapi tidak beriman, seperti Abu Jahal tidak di katakan sahabat. Ada juga yang berjumpa Rasulullah, beriman dengan Rasulullah tapi at the end, dia murtad. Itu bukan kategori sahabat.
  2. Taabi'in - Pengikut; Mereka yang sempat jumpa sahabat. Contohnya hanya dapat jumpa Abu Bakar, Umar, Ali ( followers )
  3. Taabi'ut tabiin - Pengikut kepada pengikut. Hanya jumpa tabi'in sahaja.
Kaum khalaf adalah sesiapa yang melepasi sempadan tabi'ut tabi'in. Mereka ini dikategorikan khalaf hingga hari ini. Dari segi masa, kita berada di zaman khalaf. Tapi akidah dan syariatnya salaf yang mesti kita ikuti.

3 Generasi ini di panggil Rasulullah s.a.w. "The Best Generation" -  "Generasi yang terbaik".

Kenapa Rasulullah kata 3 generasi ini sahaja ?

Kerana Akidah mereka masih pure. Islam mereka memang Islamnya Rasulullah. s.a.w.. Belum ada Islam Mazhab, Islam Ustaz dan sebagainya. Ketika itu 3 generasi ini beribadah sebagaimana ibadahnya Rasulullah; akidah mereka bagaimana akidah Rasulullah. Belum ada tokok tambah lagi. Mereka yang berakidah dan beramal mengikut 3 generasi inilah yang di jamin oleh Rasulullah untuk mendapat syurga. 

Dalam ayat 100, surah  At-Taubah( 9: 100) Allah memberi satu jaminan kepada orang2 Assaabikuunal Awwal. Mereka orang2 yang terdahulu daripada orang2 Muhajirin dan Ansar. Demikian juga orang2 yang mengikuti mereka. Maknanya, meskipun dari segi zaman orang2 tersebut masuk dalam kategori orang2 khalaf, tetapi dari segi akidah, muamalah, ibadah, kita mengikuti orang2 salaf, Allah redha kepada mereka. 

Bonusnya Allah telah menyediakan bagi mereka syurga2 yang mengalir mata air dibawahnya selama-lamanya. Itulah sebenar-benar kejayaan. Orang itu dikatakan berjaya apabila akhirnya dia masuk syurga.

[ Rujukan At-Taubah 9: 100] 

Kenapa kena ikut salaf ? 
  1. Dia masih "original" lagi. Akidah dan syariat lagi masih "original" lagi.Tidak bercampur-campur dengan pendapat A, pendapat B dan seterusnya
  2. Hanya golongan salaf dijamin oleh Allah [ Rujukan At-Taubah 9: 100]  dan Rasulullah dalam hadith beliau. "Sebaik-baik generasi adalah generasi ku, dan mereka selepas  ku dan mereka yang selepasnya" . Orang khalaf tidak ada jaminan. Yang dijamin mendapat redha Allah adalah orang salaf.  Redha maknanya Allah sayang.

Masaalah timbul bila ramai Ulama', Fuqoha (plural bagi ahli Fiqh), apabila mereka dijadikan rujukan oleh orang2 khalaf sebab mereka sudah terlalu jauh dari generasi salaf ini.

Timbul satu kerancuan dalam memahami Islam apabila seseorang yang dikategorikan sebagai aalim atau faqih tersebut, apabila didalam dirinya ada suatu kepentingan. Kepentingan untuk merasa didewakan, dimuliakan. Umat Islam mula bergoyang pada zaman Umar Ibn Al-Khattab. Ini asal mula perpecahan. 

Tapi zaman Umar masih lagi boleh dicontrol lagi sebab umat Islam tak ramai. Pada zaman Umar Ibn Al-Khattab Islam sudah mulai meluas, sampai ke Azerbaijan, Sham, Sepanyol dan sebagainya. Bila sudah terlalu luas, maka pemahaman orang tentang Islam pun telah mula bercampur. Pada masa zaman Umar, telah dikirim angkatan ke China. Maknanya apabila sampai tentera ini ke semenanjung China dengan secara automatic,  Islam diterangkan mengikut adat resam orang China untuk mereka menerima Islam.  

Akibatnya, belum habis lagi diterangkan hakikat Islam yang sebenar, para sahabat sudah mula meninggal. Dan tidak ada yang meneruskan, maka besar kemungkinan kita beranggapan itulah Islam sepenuhnya. Ini berpanjangan sampai generasi selepas dan selepasnya.

Para Ulama' dulu datang ke semenanjung daratan nusantara untuk berniaga sambil berdakwah kepada orang Jawa dan sebagainya, contohnya. Untuk mengambil hati orang Jawa, dan orang2 ketika itu yang kita maklum adalah orang Hindu atau Buddha di Tanah Melayu dan untuk memperkenalkan agama Islam di Tanah Melayu adalah susah.


Caranya adalah ber assimilasi; cuba bercampur dengan mereka; mengubahsuai supaya Islam ini boleh diterima. Ini satu process sahaja, bukan matlamat. Seperti wayang itu daripada orang Hindu, hiburan bagi orang2 hindu. Maka wali2 Allah, kalau nak menafikan wayang serta merta tidak boleh. Sebab mereka sudah sebati dengan wayang nya. Para Wali pun ikut berwayang. Meskipun daripada hindu tetapi nama2 diubah ke nama Islam. Itu satu prosess. Belum habis proses untuk sampai kepada Islam yang sebenar, para wali sudah meninggal. Akhirnya kita sudah berfikir, inilah Islam yang sebenarnya. Dan ini berterusan hingga zaman sekarang, dimana sudah mulai maju, dan Islam boleh dipelajari di internet, di library, kitab2 dah mulai teratur, ilmu hadith dapat dihimpun semua dan sebagainya. 


Maka datanglah para pelajar yang mendalami Islam. Mereka beritahu, bukan macam ini, sebenarnya macam ini, respon kebanyakan adalah
"Yang kami pelajari daripada nenek moyang kami dan ulama' kami setakat itu"

Inilah reality yang yang kita hadapi pada hari ini. Susah kita ingin memahamkan orang tentang salaf. Sebab mereka diajar oleh orang2 khalaf. Dari inilah menjadi Islam tasawuf, tarikat dan sebagainya.

No comments: