Saturday, 4 June 2011

Sumber daripada ilmu Tafsir

Mukadimah Uslub (Gaya Bahasa) Tafsir


Ulumul Quran adalah ilmu2 berkenaan tentang Al-Quran. Diantara cabangnya adalah  tajweed, tarannum, sirah, ilmu2 sastera bahasa termasuk ilmu balaghah, ilmu mantiq, ilmu badi' dan sebagainya. Masuk daripada cawangan daripada Ulumul Quran adalah Usul Tafsir. Usul bermakna sumber (source). Usul Tafsir adalah sumber daripada ilmu tafsir.
  • Istilah2
    • Tafsir  (تفسير )  - Satu Ilmu yang menerangkan tentang makna sebenar sesuatu ayat sesuai dengan apa yang diinginkan Allah s.w.t. - untuk Al-Quran - ianya menyeluruh
    • Ta'weel ( تأويل  ) - Pemahaman seseorang dalam memahami sesebuah ayat ( individual perspective ) - untuk hadith
    • Asbaabun Nuzuul - أسباب النزول ( Sebab2 turunnya ayat Al-Quran) 
    • Asbaabul wuruud - أسباب الورود ( Sebab2 keluarnya hadith)
    • Bertadabbur - memahami meneliti, membuat research mengenai Al-Quran.
Kedua istilah tafsir dan ta'weel lazim digunakan pada erti "menerangkan" atau "menjelaskan". Hanya lebih kerap digunakan istilah tafsir untuk ayat Al-Quran dan ta'weel pada hadith.  Namun ta'weel sendiri digunakan oleh para ulama' dalam mambahas erti ayat Al-Quran yang bersifat mendalam serta detail. Sementara hadith nabi hanya boleh menggunakan istilah ta'weel sahaja; tidak boleh tafsir. Perkataan tafsir kita dapati pada surah Al-Furqon ayat 33 (25:33) dan perkataan ta'weel dapat dijumpai pada surah Ali Imran, ayat 7 (3:7)
Sebahagian orang menyamakan antara tafsir dan ta'weel walaupun ia berbeza. Para Ulama' banyak membahas tentang mendefinasikan tafsir ini. Bermakna, bila kita mempelajari tafsir atau usul tafsir, kita tengah bincang apa yang Allah mahu dari sesebuah ayat. Kalau ta'weel itu dia membahaskan tentang pemahaman seseorang dalam memahami sesebuah ayat. Kalau tafsir, betul tapi kalau ta'weel, dia sangat bergantung kepada individu tersebut. Sebab itu kita tidak mempelajari ta'weel, kita mempelajari tafsir. Kalau ta'weel bahaya.  Berdasarkan kepada penelitian dia, dari segala selok belok bahasanya, sastera Arabnya, gaya bahasa Quran... maknanya begini...... . Tidak semua orang boleh men ta'weel Al-Quran. Kalau tafsir, semua Ulama' mentafsir ayat dengan tafsir yang sama.



  • Ibn' Abbas, tokoh tafsir dan ta'weel
Surah An-Nasr. Apabila turunnya ayat ini, para sahabat saling bertanya apa yang dimaksud dengan ayat ini. Mereka menggunakan tafsir. Tafsir mereka semua sama iaitu "Apabila telah datang pertolongan Allah, dalam bentuk kejayaan menawan kota Mekah dan kejayaan". Ketika Rasulullah dan para sahabat menguasai kota Mekah dari tangan2 orang Quraisy. Maka turun ayat ini. Sahabat semua tidak memahami ta'weel daripada ayat ini.Tafsir merekanya semua sama tapi mereka tidak memahami disebalik ta'weel daripada ayat ini.


Hanyalah daripada sahabat Ibn' Abbas, seorang tokoh ta'weel dan tafsir yang di i'tiraf Rasulullah s.a.w..Ibn' Abbas adalah sahabat yang paling utama berkenaan tentang ilmu ta'weel. sebab dia inilah yang didoakan Rasulullah s.a.w. ketika masa kecilnya. Rasul mendoa secara personal untuk Ibn' Abbas.


Sehingga Ibn' Abbas ini, semua sahabat, Abu Bakar, Umar, Uthman semua refer kepada Ibn'  Abbas walaupun ketika itu Ibn' Abbas berusia 7 tahun. Apabila turun ayat ini, diantara ratusan sahabat yang lain semua biasa sahaja, gembira sebab mereka dah conquer Mekah. Hanya Ibn' Abbas; dia bersedih, menangis. Pembesar, Abu Bakr, Umar, Uthman, mereka bertanya Ibn' Abbas, "ketika kami semua bergembira, kenapa kamu bersedih?" Kata Ibn' Abbas yang berumur 7 tahun ini" Awak tak tau ? 


Ta'weel disebalik ayat ini adalah Nabi dah tak lama lagi dengan kita. Lepas ini Nabi akan meninggalkan kita." Diterangkan oleh Ibni Abbas. " Ini adalah ayat yang merupakan message daripada Allah secara implicit " Bahawa senya," kata Ibn' Abbas," apabila Allah sudah memberi kemenangan kepada umat Islam dan kejayaan, bermaka habislah sudah tugas Rasulullah. Bila dah habis apa tugas kemudian, Nabi dipanggil oleh Allah"..


Bila mendangar ta'weel ini barulah sahabat semua menangis. Mereka sedih. Kalaulah bukan kerana Ibn' Abbas men ta'weel ayat ini, mereka tak faham. Sebab itulah bukan semua orang boleh men ta'weel kan Al-Quran. Meskipun dia mendapat PhD dalam Al-Quran, tak semestinya ta'weel dia betul. 


Doa Nabi untuk Ibn' Abbas :
أللهم فقهه في الدين
وعلمه التأويل
( Allahumma fakkih hu fiddiin. Waallim hutta'weel )
Ya Allah bagilah dia kefahaman dalam dalam urusan agama dan ajarkannya ta'weel. 


[ Boleh kita doakan untuk anak kita ]


Allah mendengar doa Nabi Muhammad s.a.w.. Maka Ibn Abbas adalah salah seorang yang pandai ber ta'weel. Dua orang sahabat yang pandai ta'weel adalah Ibn' Abbas dan Ibn' Mas'ud. Sebab itu para ulama' tidak membuka ta' weel kepada semua orang. Kita hanya mempelajari  tafsir sahaja.
  • Perintah mempelajari tafsir
Perintah kita mempelajari tafsir terdapat dalam Al-Quran - An-Nisa' ayat 82 (4:82) dan Surah Sad ayat 29  (38:29).


An-Nisa' ayat 82 - Tidakkah mereka mampu (berusaha) mentadabburi Al-Quran. Bermakna Tidakkah mereka berusaha untuk memahami Al-Quran. Ayat ini bersifat mengalakkan dan perintah. Kita diperintah oleh Allah untuk memahami Al-Quran. Memahami Al-Quran tidak ada cara yang lain, melainkan ilmu tafsir. Bertadabbur bermaksud memahami meneliti, membuat research mengenai Al-Quran.
Seandainya Al-Quran itu datangnya bukan daripada Allah, nescaya kamu menjumpai banyak sekali perbezaan2  pertentangan2 ayat diantara satu dengan yang lain.


Surah Sad ayat 29 - Ini adalah sebuah kitab Al-Quran, kami turunkan ia kepada kamu wahai Muhammad. Didalamnya penuh keberkatan. Tujuan diantara Al-Quran diturunkan supaya manusia mentadabbur.
  • Perbezaan tafsir dan harfiah
Sebahagian ulama' ada yang melarang kita mempelajari harfiah kerana Al-Quran itu tidak dapat diterjemahkan per kata. Dia  mesti terjemahkan secara tafsir. Sebab kalau diterjemahkan harfiah (per kata) nanti akan jauh dari makna yang sebenar. Hanya untuk mempelajari bahasa Arab menggunakan methodology harfiah itu bagus tapi untuk memperdalami Al-Quran, jangan. Harfiah itu kalau air itu permukaan, kalau tafsir itu lebih dalam.


Contoh : Bismillah ( dengan nama Allah ) kalau di terjemahkan dengan kaedah harfiah bermakna "dengan nama Allah". Seakan-akan ayatnya tergantung.  Dengan tafsir kita akan faham kerana Nabi kata "mana2 perbuatan yang tidak dimulakan dengan bismillah, maka perbuatan tersebut "abtar" (terputus dari rahmat Allah)". Sebab itu bila kita makan kita kata "Bismillah"; kita iringi perbuatan makan itu dengan Bismillah. Sama seperti bila naik kereta dan lain2 lagi. Kata Ibn' Abbas "Bismillah ini bukan complete sentence, bukan kalimat sempurna, dia tergantung kalimatnya. Dia tidak akan tergantung apabila apa saja amalan yang kita nak buat, perbuatan apa pun mesti bermula dengan "Bismillah".
  • Orang yang tidak mahu mempelajari tafsir
Dalam surah Muhammad, ayat 24 (47 :24) Allah menyatakan satu kekecewaan kepada orang yang tidak mahu mempelajari tafsir sehingga Allah kata " sedemikian terkuncikah hati mereka ? " ( Rujuk kepada post 'Orang yang dikunci hati mereka' ) Tidak ada musibah yang paling besar dalam kehidupan manusia melainkan apabila hati dikunci oleh Allah. Hati bila dikunci oleh Allah, maka doanya tidak akan pernah di dengar oleh Allah. Keadaannya dirinya tidak akan di perhati oleh Allah.
  • Untuk mentafsir Al-Quran, tidak boleh sesuka hati
Sebab nabi sudah memberi ancaman " Sesiapa yang memperkatakan (bercakap) didalam urusan Al-Quran dengan pendapatnya sendiri ataupun dengan apa2 yang dia tidak tahu (tidak ada ilmu) padanya, hendaklah segera menempah tempat duduknya di api neraka. [Hadith Nabi]
  • 3 Cara mentafsir Al-Quran
  1. Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran ( Tafsir Quran bil Qur'an ) 
    • Al-Quran ini sendiri membawa keterangan yang jelas tentang ayat Al-Quran ( Rujuk Surah Al-Furqon, Ayat 33 ( 25 : 33) ) - Di sini, Al-Quran sendiri membawa keterangan yang jelas tentang Al-Quran. 
  2. Tafsir Al-Quran dengan sunnah ( Tafsir Quran bi sunnah )
    • Mentafsir Al-Quran dengan sunnah. 
  3. Tafsir Al-Quran dengan pandangan sahabat ( Tafsir Al- Quran bil ra'ii Sahaabah )
    • Sahabat memiliki capability untuk menafsir Al-Quran
Contohnya perkataan dalam Al-Quran,  Nabi mengatakan" Janganlah kamu mengikuti amal perbuatan kamu dengan kezaliman." Para Sahabat bertanya " Ya Rasulullah, makna zalim itu apa ? Nabi berkata "Dalam ayat ini Allah menerangan. Makna zalim itu adalah syirik.". Maknanya jangan kamu mengikuti amal soleh kamu dengan perbuatan syirik. Syirik yang paling kecil adalah riya'. Apa2 perbuatan dengan niat supaya orang tahu kita baik. Perbuatan tu hapus. 
Adakala orang yang pada zahirnya seperti riya' tetapi bukan riya'. Contohnya Umar Al-Khattab bila dia bersedeqah, dia beritahu orang. Kerana orang tahu Umar, kerja dia mengembala kambing orang. Tetapi apabila sedeqah, siapakah yang tolong, Umarlah yang paling banyak. Umar kata " Tadi saya beri 100 dirham. Padahal saya pengembala kambing. Takkanlah anda seorang peniaga berjaya beri 50 dirham." Jadi Umar, dia challenge mereka untuk mengalakkan orang beri lebih dari dia. 
Kadang2 without telling orang pun masuk kategori  riya', contoh:  bila mengaji sendiri, standard, tapi bila datang orang, sedap lagi. 




  • Kitab2 rujukan tafsir
Kitab2 rujukan tafsir yang terkenal termasuk :
  1. Tafsir Ibnu Abbas (sahabat), 
  2. Tafsir At-Tabaari (Tabi'iin), 
  3. Tafsir Ibnu Kathir (Tabiut-tabi'iin) , 
  4. Tafsir Al-Azhar (Professor Hamka). 
Kalau bercakap tentang Al-Quran kita mesti berdasarkan mengikut tafsir, contohnya Ibnu Kathir macam mana? ; tafsir At-Tabaari macam mana?

wAllahu A'lam

No comments: