Monday, 6 June 2011

Syarat berperang

Syarat Berperang :
  1. Pada jalan Allah ( fi sabilillah ) - bukan fi sabiili kaum atau puak !!
  2. Perangi orang yang memerangi kamu sahaja - bersifat self-defense, bukan cari musuh. Kita tidak boleh memulakan perang. Tetapi apabila musuh sudah menyerang, jangan lari. " Musuh jangan dicari, ada musuh jangan lari ". Orang yang tidak memerangi kamu haram di perang contoh isteri tentera, anak tentera, mak dia, haram diperang. Bila menyerang negara musuh, yang diserang, musuh sahaja, bukan negaranya. Haram merosak rumah ibadah mereka. Memotong pokok pun tak boleh. Pokok tak salah, tiba2 dipotong. Tempat2 hiburan tak boleh.
  3. Jangan melampaui batas 
    • Haram membunuh orang dengan menyiksanya. - Kalau hanya dengan melumpuhkan tentera di hadapan, mereka sudah lumpuh, cukup. Menyiksa masuk dalam kategori I'tad, melampaui batas. Contoh ; jangan potong telinga dia. Jangan letak garam di luka dia.
    • Bila musuh "surrender" kita wajib menerima - meskipun kita anggap dia menyerah kalah sebab dia takut mati. Sebab ini urusan hati, kita tidak tahu. Islam menilai yang zahir. 
Allah tidak suka orang yang melampau batas.


[ Rujukan : Al-Baqarah  2 : 190 ]


Perintah peperangan pada zaman Rasul s.a.w. :
  1. Perangi mereka dimana sahaja kamu menemui mereka . Halau mereka dari tempat mana kamu dihalau mereka  - contoh perjuangan rakyat Palestine
  2. Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan(Al-Qatl ) - sebab finah itu bersifat forever. Bila seseorang itu membunuh seseorang habis ceritanya. Kalau fitnah itu selama-lamanya - orangnya hidup, dia akan malu, keluarganya, keturunannya itu menanggung malu. Kesan daripada fitnah lebih besar. 
  3. Jangan memerangi orang kafir di Masjidil Haram sehingga mereka sendiri memerangi kamu - hukumnya haram. Sekira mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Islam sama sekali tidak memulakan peperangan. Demikian itu adalah balasan bagi orang2 yang ingkar kepada Allah.
  4. Sekiranya merekanya berhenti, maka Allah sendiri pun telah mengampuni dan menyayangi.
  5. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (masaalah besar) yang di buat oleh mereka. Caranya bagaimana ? Buat perjanjian supaya tidak ada fitnah. Sebab itu kita dengar pada zaman Rasulullah Perjanjian Hudaibiyah, Perjanjian Aqobah 1, Perjanjian Aqobah 2. Itu cara untuk mengikat mereka. Supaya mereka tidak mendatangkan fitnah (cobaan)  bagi kita. Fitnah dalam bahasa Arab tidak sama dengan fitnah bahasa Melayu. Fitnah pengertian orang Melayu, tuduhan; tuduhan yang tidak ada bukti itu fitnah.; itu satu sahaja pengertian fitnah. Fitnah Al-Quran bermakna dugaan/ masaalah besar. Al-Quran itu luas makna fitnah. Allah kata "Sesungguhnya harta kamu, anak2 kamu akan bawa fitnah - FItnah disini bermakna "masaalah besar".
  6. Perangilah mereka sehingga agama menjadi milik Allah sahaja.
  7. Sekira mereka berhenti dari memerangi mereka maka tidak boleh lagi kamu memusuhi mereka kecuali kepada orang2 yang masih kekal dengan kezalimannya.
Apa beza kafir dan zalim ?

Peperangan kita kepada orang kafir ada batas. Tetapi peperangan kepada orang zalim tidak ada batas. Orang kafir mungkin orang non-muslim. Tetapi orang zalim, besar kemungkinan orang muslim pun ya. Orang yang memakan rasuah, makan duit rakyat dan menipu rakyat adalah orang yang zalim. Kita mengisytiharkan perang kepada orang2 zalim sehingga mereka berhenti kepada kezaliman.

Kita haram memusuhi orang non-muslim sebab mereka tidak memusuhi kita. Yang kita musuhi adalah mereka yang zalim kepada rakyat sehingga mereka berhenti kezaliman mereka. Allah kata "Tidak ada permusuhun kecuali kepada orang yang zalim ". Dari context negara berpolitik, jangan pangkah orang yang zalim, jangan pangkah parti yang zalim.


Tafsir Mon 6/6/11

No comments: