Friday, 29 July 2011

Apa erti barokah ?

Orang2 tua kita dahulu. Sekolah pun tak setinggi mana pun. Duduk di kampung. Kerja menoreh getah. Dengan segala susah payah. Tangan2 mereka menyuap anak2 mereka, yang anak2 itu hari ini menjadi orang yang berjaya semuanya. Maknanya kehidupan mereka diberkati Allah. Barokah bukan bererti pahala.


Barokah ini adalah satu nilai tambah yang berifat abstrak yang dianugerahkan Allah kepada seseorang hasil dari ketaatannya dan keikhlasan nya dalam menjalankan perintah Allah.


Di mana barokahnya sahur ? Terkadang dalam hari2 selain Ramadhan, susah ditemukan suami isteri. Terkadang suami pukul enam dia dah pergi dah. Isteri tengah tidur lagi. Terkadang misalnya ada isteri yang pergi kerja lebih awal dari suami. Terkadang suami isteri pergi sama, anak masih tidur. Tapi pada bulan Ramadhan, suami, isteri anak, cucu, bersahur bersama. Dengan Ramadhan in dia pandang anak2 "Anak dah besar dah". Berbuka puasa, terawih bersama....Timbul keakraban, kemesraan.

No comments: