Tuesday, 5 July 2011

Betapa sempit pemahaman orang mengenai hudud

Betapa sempit pemahaman orang mengenai hudud. Bukan sahaja hudud.

Bila kita cakap rezki kita samakan dengan duit. Ibadah, sama dengan sembahyang, dia tak rasa menghantar anak ke sekolah, itu ibadah. Mindset dia ibadah itu sembahyang. Sedekah; duit. Dia tak fikir, bila kita melayan orang yang sedih sampai dia release tension, dia balik itu sedekah juga. Kalau berjihad, perang. Kalau hudud, mindset, potong tangan. Dalam hidup ini tak ada benda yang tidak ada hudud. 

Apa dia hudud ? Ia adalah had atau batasan. Hudud adalah plural (Jama')  bagi had. Bila kita bawa kereta di jalan raya, ada had laju; itu hudud. Bila kita makan, ada hadnya;  boleh ke sampai muntah darah ? Tidak.  Rumah kita ada hadnya. Hadnya pagarnya. Bila orang asing lompat pagar itu, bermaknanya dia dah melanggar hudud. Kita dengan, jiran, adik beradik ada had. Sampai kita pakai baju pun ada had. Dalam pakai baju kelawar, dalam rumah saja. Bila keluar rumah, had dia dah  berubah.

Dalam hidup tidak ada yang tidak ada hudud. Pergaulan mak dengan anaknya ada hudud. Pergaulan antara suami dan isteri ada hudud. Anak setakat dia beri pandangan, boleh, menengking haram. Kalau dia kurang ajar dalam "memberi pandangan", haram. Tidak ada benda yang tidak ada had dalam kehidupan manusia, dari kita bercakap, makan, tidur, sampai mati, ada had. Hanya yang dipopularkan adalah hudud. Pada hudud adalah plural bagi had.

Penjajah dah berjaya membentukkan imej dalam minda kita.

Kalau kita cakap nak buat kem ibadah, sudah mindset, malam mesti buat Qiamuilail. Sebenarnya untuk budak2 kita mesti introduce, jogging, bersenam, itu ibadah, berinteraksi dengan kawan2, silaturrahim - itu ibadah - betapa luasnya ibadah dalam Islam. Latih bagaimana dia boleh sharing permainan yang dia sayang. Contoh dalam surah Ali Imran ayat 92. Ini adalah bentuk ibadah yang tidak langsung. "Kamu tidak akan mencapai derajat baik sehinggalah kamu sanggup memberi apa yang kamu sayang". Kita tengok anak, dia ada kuih, dia ambil sikit, dia offer kuih itu. Kita kata syukur Alhamdulillah, ada nilai2 Al-Birr, nilai kebajikan dalam dirinya. Allah dah tanam sifat Al-Birr dalam dirinya. Bila dia offer, kita ambil, untuk menunjukkan kita menghargainya. 

Berbanding dengan anak, dia ambil, dan dia bawak lari. Susah hati kita. Makna ada sifat ego dalam dirinya. Kita kena latih dia. Jadi disini kita mengajar bahawa sharing permainan, makanan adalah ibadah. 

No comments: