Friday, 29 July 2011

Ramai orang yang bertudung, tapi sayang.......

Ramai orang yang bertudung, tapi sayang, dia tak menudungi lidahnya, hatinya. Yang ditudung hanya kepalanya sahaja. Sebab tu orang kata, "Pakai tudung, tapi mulut laser". Dia hanya menudungi kepalanya sahaja tapi lidahnya bogel, hatinya bogel. Pakai tudung tapi suka cakap pasal orang. Hatinya belum tudung lagi. Sebenarnya dalam Islam itu bila Allah suruh satu perintah itu, ia satu simbol. kalau yang zahir kamu tudungi, yang batin juga harus kamu tudungi. Kita menutup hati kita dari semua maksiat.  Bila kita menudung mata, kita menutup mata dari melihat perkara yang tak elok. Bila kita menudungi telinga, kita tak mau dengar benda2 yang melibatkan maruah orang lain.

No comments: