Friday, 29 July 2011

Sahur

Sahur itu sangat2 digalakkan meskipun tidak wajib. Ini bermakna, orang yang tidak bersahur, hilanglah keberkatan kepada puasanya. Maknanya dia memulakan puasanya dengan menghilangkan satu nilai keberkatan. 


Nabi kata " Tasahharu fainna fissahuuri barakah" - Bersahurlah kamu sekelian, maka sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan Allah.


Di mana barokahnya sahur ? Terkadang dalam hari2 selain Ramadhan, susah ditemukan suami isteri. Terkadang suami pada pukul enam dia dah pergi dah. Isteri tengah tidur lagi. Terkadang misalnya ada isteri pula yang lebih awal dari suami. Terkadang suami isteri pergi sama, anak masih tidur. Tapi pada bulan Ramadhan, suami, isteri anak, cucu, bersahur bersama. Dengan Ramadhan ini dia pandang anak2 dan berfikir  "Anak dah besar dah" . Berbuka puasa, terawih bersama....Timbul keakraban dan kemesraan.


Sahur ini bersifat sunat muakkad. 


Sampai bila ia boleh bersahur ? Ada dua keadaan.


Untuk orang yang bangun awal, sahurnya berhenti hingga azan subuh.


Untuk orang yang TERbangun ketika azan, dia masih boleh bersahur sehinggalah habis azan atau mengikut pendapat kedua sampai imam naik ke mihrab. Begitu juga dengan orang yang bangun selepas habis azan.


Kenapa ? Sebab Islam itu memudahkan.


Orang yang dah bangun pukul 5, subuh pukul 5:50 misalnya, batas akhirnya azan. Sebab dia memang dah bangun awal.


Apa bezanya dengan orang yang bangun lambat ? Dia TERbangun lambat bukan SENGaja bangun lambat - Maka Islam masih memberi taisir kepadanya. Islam begitu memahami. Dengan catatan memang dia bangun pada waktu azan. Maka dia masih, ketika itu boleh bersahur hingga habis azan atau imam naik ke mimbar. Ini adalah pendapat Imam Az-Zuhri, Imam Daud Az-Zohiri dan Sufyan ibni Uyaynah. Ini untuk yang 'TER' , tidak sengaja, sahaja. Mereka merujuk kepada kes Umar ibn Al-Khattab. Ada riwayat bila beliau baru hendak menyuap, bunyi azan. Dia terus jumpa Rasul s.a.w. dengan mulut penuh. Dia tidak tau nak telan atau nak muntahkan makanan yang di dalam mulutnya. Nabi kata " Ada apa ni?" Umar menunjukkan kepada mulutnya, maknanya "Apa nak buat Ya Rasulullah?". Nabi tersenyum. Nabi kata habiskan dimulut kamu dan di pinggan kamu, kemudian solat. Yang tak boleh, jangan tambah. Setakat habiskan apa yang ada. Dan lakukannya dengan tenang. 

No comments: