Wednesday, 17 August 2011

"Solat Hajat"

Istilah solat hajat itu tidak terdapat dalam Islam. Yang ada solat dua rakaat bila kita ada hajat. Ada perbezaan. Sesuatu yang tidak Nabi labelkan jangan kita pandai2 melabelkan. Nabi kata, sesiapa yang berhajat maka hendaklah dia solat dua rakaat. Orang2 yang memandai dia kata "Oh, kalau macam itu, namanya solat hajat". Nabi sendiri tidak mengatakan solat hajat. Beramaknanya ia solat sunat mutlak, bebas. Hanya Nabi kata "sesiapa yang berhajat kepada Allah, maka hendaklah dia mengerjakan 2 rakaat ".Tapi Nabi tidak mengatakan "sesiapa yang berhajat kepada Allah hendaklah mengerjakan 2 rakaat solat hajat". Kalimat "solat hajat" tidak terdapat dalam sunnah. Tetapi solat 2 rakaat ketika kita berhajat kepada Allah.... yes, itu sunnah.


Yang kedua, Nabi kata rakaat pertama "Al-Kaafiruun", rakaat kedua "Al-Ikhlas". Simple. Datang ulama' mutakhirin, disuruh ruku' baca 10x, i'tidal, sujud dan sebagainya, dibaca sekian kali, sekian kali. Nabi jelas mengatakan "Dalam ruku', dalam sujud, jangan membaca ayat Al-Quran". Bila di suruh baca "Al-Ikhlas 3x dalam sujud" dan sebagainya, ini mengingkari sunnah. 

No comments: