Wednesday, 3 August 2011

Apa yang dimaksudkan mazhab ?

Kita beramal dengan hadith Rasulullah s.a.w.  Kalau hadith ini kebetulan di gunapakai oleh Imam Syafie tanpa perlu kita "melabelkan" kita Syafie, automatic kita dah sealiran dengan Imam Syafie. 


Mazhab  itu dari segi maknanya kecendrungan untuk mengambil pendapat seseorang dalam urusan perlaksanaan syariah tanpa perlu mengisytiharkan diri sebagai pengikut bagi orang tersebut.


Contoh :  Kita menjumpai hadith yang mengatakan Nabi mengerakkan jari ketika solat. Kebetulan, Imam Ahmad pun mengambil hadith ini. Adakah bermakna kita ikut dia ? Tidak. Kebetulan sahaja.


Contoh : Dalam bab toma'ninah, sampai pada kita hadith yang Nabi menjadikan toma'ninah ini sebagai rukun. Kalau kita menekankan toma'ninah ni adakah bermakna kita ikut Imam Syafie? Kita tak pernah register di mana2 yang kita ini Syafie.


Kita ikut agama Allah, caranya diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.. Kalau semua ini yang kita lakukan ini ada dalam sebuah mazhab, adakah bermakna kita sudah register dalam sebuah mazhab?


Kenapa kita kena belajar hadith ? Contohnya kitab Bulugh-Al-Maram. Sebab yang diterangkan dalam Bulugh-Al-Maram hadith sahaja. Bermakna, kalau kita belajar hadith, kita akan jadi orang yang lebih open minded.


Kalau kita belajar Fiqh-al-Akbar sahaja, automatic kita akan jumud dengan Imam Abu Hanifah. Ataupun dengan musnad Imam Ahmad sahaja, pun tak boleh. Ambil semua kitab hadith, pelajari semua. Kalau kita jumpa hadith yang diamalkan oleh Imam Maalik dan Imam Syafie, bermakna yang kita amalkan ni betul, sebab 2 orang imam pun mengamalkannya.


Kita mengambilkan dalilnya. Yang dalil ini pun digunapakai oleh 2 imam tadi.

No comments: