Saturday, 13 August 2011

Asal hukum dalam perkara ibadah adalah haram


Di dalam Islam, kaedah hukum syariat, ُالاَصْلُ فِيْ الْعِبَادَةِ التَّحْرِيْم al-aslu- fil 'ibaadah at-tahrim - Maknanya asal hukum dalam perkara ibadah, haram. 

Maknanya apa saja bentuk ibadah selama tidak ada apa-apa perintah, dalil, haram anda buat.

Ini kaedah fiqh - kaedah fiqh tak boleh berubah sampai kiamat.

Ataupun asal hukum dalam urusan ibadah, haram.

Apa saja yang sifatnya seperti ibadah, saya nak buat, haram hukumnya. Kecuali ada dalil.

Contohnya : Untuk meraikan hari lahir seseorang, daripada saya buat perkara yang tak elok, misalnya melancong ke sana sini, elok saya puasa sempena hari lahir saya. Berpuasa adalah ibadah. Asalnya adalah haram. Kecuali ada dalil yang mengatakan sempena hari lahir, sila puasa.

Selama tidak ada dalil yang memerintahkannya, haram hukumnya. Meskipun ia seperti ibadah.

Dalam Islam hanya ada kenduri walimatul urusy. Itu sahaja.

Dalam aqiqah pun kita masak, kita bagi pada orang.

Dalam Islam, ada potong jambul, yang tidak ada upacara memotong jambul.

Dalam Islam kita disuruh membaca semua surah dalam Al-Quran. Yang tidak ada mengkhaskan satu surah yang dibaca dengan cara tertentu, pada masa yang tertentu, pada malam yang tertentu. Dan macam2 yang ditentukan sendiri.

Membaca tahlil itu bagus. Upacara tahlil itu tak ada. Apa dia Upacara tahlil, Ustaz?
Yang dimulakan dengan Al-Ikhlas, disambung dengan 2 "Kul" disambung dengan Al-Fatihah, disambung dengan 5 ayat pertama surah Al-Baqarah, disambung dengan ayat kursi, disambung dengan 3 ayat terakhirnya surah Al-Baqarah. Ini tak ada kaifiyahnya. Kaifiyah, cara, toriqoh, yang mesti dimulakan dengan Al-Ikhlas Al-Falak, An-Nas,  ini tidak ada asasnya.  Ini yang dikatakan haram. Meskipun ada unsur2 ibadah disitu. Tapi al-aslu- fil 'ibaadah at-tahrim. Be careful, berhati-hati dengan urusan2 ibadah. 

Sehingga seperti orang kata, Islam di negara yang bukan di situ dia timbul, lebih "terer" ibadahnya daripada tempat asal Islam itu sendiri. Pusat Islam pun tak ada, di tempat lain berlebih-lebihan, over sangat.

No comments: