Saturday, 13 August 2011

Makan dan kerja, ibadah yang bersifat muamalah

Kerja itu suatu ibadah, tapi sifatnya muamalah, umum. Ibadah yang ditetapkan oleh Allah ni sudah ada aturan2nya. Tetapi dalam muamalah dia boleh ada nilai ibadah di situ. Macam kerja, makan. Ibadah yang sifatnya mubah (harus) kembali kepada cara kita melaksanakannya. 


Contohnya makan. Hukumnya harus. Dia boleh menjadi ibadah, dia boleh menjadi dosa. Kembali kepada cara kita mengerjakannya. Contohnya makan boleh menjadi wajib, boleh menjadi sunat, boleh menjadi haram, boleh menjadi makruh. Orang yang kelaparan, dia wajib makan. Sebab kalau dia tidak makan, dia boleh mati. Makan ini boleh menjadi sunnah untuk menghilangkan rasa lapar saja. Makan boleh makruh. Kalau orang sudah kenyang tapi dia bernafsu nak makan benda lain lagi. Dan boleh menjadi haram bila makan banyak2 sampai pening kepala, dan hingga muntah.

No comments: