Saturday, 13 August 2011

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dihukumnya masuk kaum tersebut


Menerima, memberi hadiah pada hari lahir adalah perkara sosial yang berlaku dalam masyarakat. Mudah2an ianya tidak menjadi satu "tashbeeh". Kita bimbang kita terkena dalam hadith Nabi : 

  مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ 

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dihukumnya masuk kaum tersebut." - Hadith Bukhari Muslim.

Contohnya : 

  • Kita beribadah seperti dilakukan oleh orang2 Nasrani, bermakna "min hom" (dari kaum tersebut). 
  • Cara muamalah atau bersosial seperti orang Nasrani, "fa hua min hom". 
  • Kita lebih berbangga mengucap "Good Morning" daripada Assalaamualaikum "fa hua min hom". Tidak salah kita ucapkan good morning, tapi, kita mulakan dengan Assalaamualaikum. sebagai identity kita yang pertama.Tapi kalau kita malu mengucap Assalaamualaikum, bermakna "fa hua min hom". Nabi terus judge dengan kalimat 'dia masuk dalam kategori dalam kumpulan tersebut'.
  • Seperti ibadah meratap-ratap, menangis-nangis sama seperti orang Yahudi di tembok ratapan, "fa hua min hom".
  • Duduk bersanding adalah tradisi daripada hindu dan gereja.
  • Bertukar cincin (bertunang) adalah adat tradisi daripada ajaran gereja. Kita buat macam itu adalah "fa hua min hom". Bertunang itu bukan daripada Islam. Maknanya kalau dah suka kedua belah pihak maka terus dibuat akad nikah. Tanpa perlu ada bertunang, tunggu masa...Masaalah timbul, dia kata dia masih study lagi. Nak study, study. Halalkan dahulu. Isytiharkan. Masaalah nak buat kenduri tu bila, tak timbul masaalah. Ada calon pengantin lelaki/ perempuan, ada wali, ada saksi, mahar, ijab qobul, sah. Nak mengelakkan fitnah yang lebih besar lagi. Cincin masa ijab qobul tu tapi bukan dalam pertunangan (sebagai ikatan).

No comments: