Friday, 9 September 2011

Mengharamkan apa yang dihalalkan Allah begitu besar dosanya

Pada zaman Nabi Musa a.s,. Nabi s.a.w. menceritakan kepada para sahabat. Ada orang soleh dan ahli maksiat. Orang soleh itu asyik beribadah siang malam dan sebagainya  Dia menegur ahli maksiat. "Engkau janganlah buat maksiat. Taubatlah engkau kepada Allah." Ahli maksiat itu menjawab  "Suka hati akulah. Nanti aku taubat, aku yakin Allah pasti menerima taubat aku". Dijawab orang alim tadi " Dengan engkau macam ini nak harap Allah terima taubat engkau, Allah tidak akan terima taubat engkau! ". Akhirnya kata Rasulullah "Allah mengampunkan ahli maksiat dan Allah mengazab ahli ibadah tersebut"


Kita meng-judge orang yang Allah tak akan mengampunkan pun dah dosa besar. Kita janganlah mengkafirkan seseorang yang sudah mengucapkan "Laa ilaha illallah" walaupun sekali dalam hidupnya. Selepas itu dia berzina, mencuri, membunuh, berjudi,meminum khamar, itu dia dengan Allah. Ahli sunnah wa Al-jamaah takkan mengkafirkan dia. Sebagaimana kita tidak akan meng-chopkan orang sebagai ahli syurga kecuali orang2 yang ditentukan Allah dan Rasulnya, memang dia ahli syurga contohnya 10 sahabat yang dijamin Nabi masuk syurga. Selain itu kita tidak boleh kata "Ooo nampak gayanya ni ahli syurga". Tak boleh.

No comments: