Monday, 28 November 2011

Orang yang sentiasa merasa dirinya diawasi oleh Allah, itulah orang yang takwa

Orang yang sentiasa merasa dirinya diawasi oleh Allah, itulah orang yang takwa. 

Orang yang merasa dia tidak ada ruang dimana pun dia berada, dia berasa dia tidak bersendirian, dia sentiasa bersama Allah. Itulah orang yang dikatakan bertakwa. 

Takwa ini adalah sifat dimana seseorang itu dimana sahaja, bila mana sahaja dia merasa sentiasa bersama Allah. 

Hasilnya apa? Hadhir jiwa tenang dalam diri. Dia tak takut lagi malam2 dah keluar rumah. Dia tak takut pergi dapur malam2 seorang2, tak takut. Kenapa? Dia tidak bersendirian. Dia tenang. Malam2 dia pergi sebuah tempat, bawak kereta seorang lalu daerah Janda Baik misalnya, seorang-seorang, dia tak takut. Kenapa ? Dia bersama Allah.

Lihat pada surah Al-Mujadilah, surah 58 Ayat 7. Ayat ini sebagai panduan bagi orang yang ingin bertakwa kepada Allah. 

Tidak kamu yakin/merasa/melihat/sedar bahawa senya Allah sentiasa ( ya'lam - present continuous tense) mengetahui semua yang ada di langit dan segala apa yang ada di bumi, tiadalah orang yang saling berbisik-bisik diantara mereka, kalau orangnya bertiga, maka Allah lah yang ke empat. Kalau mereka berlima, maka Allah yang ke-enam.

Dan tiadalah bilangan yang lebih rendah daripada itu, dan juga tiada lebih dari itu." Hua ma'ahom aina ma kaanu " Allah sentiasa bersama mereka dimana sahaja mereka berada. Yang bersama kita itu adalah pengetahuan Allah, bukan batang tubuhnya Allah. Kemudian Allah akan beritahu kepada mereka semua apa yang telah mereka lakukan kelak pada hari kiamat. Sungguh, Allah itu maha mengetahui atas segala sesuatu. Maknanya tidak ada secret, bagi Allah. Istilah rahsia hanya untuk manusia sahaja.

No comments: