Monday, 16 January 2012

Tugas manusia adalah berusaha. Untuk menentukan kejayaan atau kegagalan itu adalah kerja Allah

Allah berjanji dalam surah Ali Imran ayat 195, di pertengahan ayat, kata Allah tugas kamu adalah berusaha, hasilnya, kata Allah, forward to Me, serahkan pada Aku. Yang pasti Aku berjanji dalam ayat ini aku tidak akan menyia nyia kan usaha kamu. Dalam ayat ini secara implicit, secara tidak langsung  Allah mengatakan kepada orang beriman, bahawa kamu tidak boleh ada istilah give-up dalam kehidupan. Kenapa ? Sebab kerja kamu adalah berusaha. Untuk menentukan kejayaan atau kegagalan itu kerjanya Allah. 

Mana bukti Allah hanya suruh kita berusaha tanpa perlu memastikan kita berjaya, surah At-Taubah, ayat 105.

Orang yang memastikan dia wajib berjaya dia sudah mengambil kerja Allah.

Tugas manusia dalam At-Taubah, ayat 105, Wahai Muhammad, bekerjalah/berusahalah kamu, biar nanti Allah yang menilai. Biarkan Allah dan Rasul dan orang2 yang beriman nanti akan menilai hasil usaha kamu.

Ada orang yang berkata "Saya dah beratus kali berdoa, Ustaz, tapi macam tidak didengar" Kata Ustaz " Berdoa lagi !! . Saya dah berdoa 100 kali.  Doa lagi ! Mungkin doa yang ke-101 kali, Allah dengar ". Dah berdoa 101 kali. Doa lagi, siapa tahu doa yang 102 Allah dengar.

Never give up ! Kenapa tak boleh give up. Istilah give up tidak ada pada orang yang beriman. Istilah itu ada pada orang2 yang kafir sahaja. Sebab dalam surah Yusuf ayat 87, pada akhir ayat, Jangan sekali2 kamu berputus asa dari mengharap rahmat. Sesungguhnya, tidak ada orang yang patut berputus asa melainkan orang yang kafir sahaja.

Jadikan sebagai panduan dalam hidup kita. Selama masih ada nilai iman dalam diri kita dan kita tidak mahu dikatakan orang kafir, maka tidak ada istilah give up dalam kehidupan.

Letih boleh. Give up, jangan ! Allah, letih, nak berehat sekejap. Give up jangan. Dah berdoa dah banyak, berehat sekejap. Give up jangan. Nanti doa balik !

No comments: