Sunday, 26 February 2012

Akhlak Nabi dengan Haiwan

Kalau kita baca hadith2 Nabi, akhlak Nabi dengan haiwan, masyaAllah. Nabi melihat ada orang yang membakar semut, Nabi kecam orang itu. Nabi kata 'sejak bila kamu jadi Tuhan'. Bermakna serangga haram hukumnya dibakar. Kalau nak bunuh, cari alat pembunuh yang bukan api. Sebab api itu disediakan Allah untuk manusia dan jin. Bukan untuk haiwan yang lain. Kenapa, diantaranya semut contohnya adalah diantara tentera Nabi Sulaiman. 


Dalam Hadith Bukhari diterangkan ketika Nabi tengah beri syarahan kepada sahabat, Nabi melihat burung berterbang mengelilingi Rasulullah, kemudian Nabi bertanya, siapa diantara kamu yang menyembunyikan anak burung ini? Sahabat mencuit-cuit sesama mereka. Sahabat kata, 'Ya Rasulullah kami main-main aje'. Nabi marah sahabat tadi. Nabi kata kamu zalim. Kembalikan dia. Kembalikan dia. Kenapa ? Dia pun mempunyai perasaan. 


Dan ada hadith yang lain. Ketika seorang sahabat hendak menyebelih sekor kambing. Depan-depan kambing tu dia asah parang. Dan kambing tu menjeling-jeling parang tadi. Nabi kata kamu nak bunuh dia dua kali ke ? Kamu belum sembelih, kamu dah sembelihnya. Kamu bagi takut dia. Kenapa kamu tak alihkan kambing ni ataupun mengasah parang di tempat lain yang dia tidak nampak. Adab kepada haiwan. Meskipun akhirnya kita sembelih dia, jangan bagi takut dia, masyaAllah. 


Dengan haiwan pun dilarang bagi takut, apalagi dengan manusia. Sebab itu dalam Islam haram mengancam orang ! Mencacatkan haiwan pun haram. Misalnya ada kambing Qurban. Kemudian terpotong telinganya sikit, maka tidak boleh Qurban, sebab menyiksanya! Sedemikian Islam menjaga akhlak dengan haiwan. Apa lagi dengan manusia.


27 Feb 2012

No comments: