Sunday, 26 February 2012

Kemuncak kesempurnaan bukan dari banyaknya ibadah, tapi dari akhlak.

Untuk sampai kepada tahap mu'min, tentu tidak se simple seseorang itu menjadi muslim. Nabi menyebut dalam hadith Nabi, sekurang-kurangnya syarat seseorang itu menjadi muslim itu dari segi hakikat, bukan dari segi zahir (dari segi zahir seseorang itu dikatakan muslim apabila ia mengucapkan dua kalimah syahadat, itu muslim ). Hakikat nya, Nabi kata  sekurang-kurangnya seseorang itu layak dikatakan orang Islam sekiranya orang2 disekitarnya merasa aman/safe dari angkara lidah dan tangannya. Kalau orang2 rasa seronok dengan kehadirannya, orang2 tidak rasa terancam dengannya orang itu barulah dikatakan sebagai muslim. Ini dalam kitab soheh Bukhari dan Muslim. Ini baru muslim, belum lagi cakap tentang mu'min. ISO sebagai muslim ; Orang muslim itu sekurang2nya sesiapa yang dapat menyelamatkan orang Islam yang lain daripada angkara tangannya dan angkara lidahnya. Seorang itu dilihat dari segi quality atitude, keperibadiannya. Jadi bukan dilihat dari seberapa banyak ibadah yang dilakukan. Ingat, ibadah itu satu cara untuk sampai kepada akhlak yang sempurna. Kemuncak kesempurnaan bukan dari banyaknya ibadah, tapi dari akhlak. Jadi kemuncak segala sesuatu adalah dari akidah yang kuat, syariah yang tepat, menghasilkan buah dalam bentuk akhlak.


Allah s.w.t. tidak pernah memuji Nabi dari segi ibadah tetapi Allah memuji Nabi dari segi akhlak. Kita buktikan dalam surah Al-Qalam (68:4). Bab ibadah itu Allah cerita sahaja 'Muhammad itu dia bangun malam, Muhammad itu dia suka baca Quran'. Hanya merupakan keterangan sahaja tapi bukan pujian. Yang Allah puji itu adalah akhlak Rasulullah. Sebab itu jangan berbangga dengan banyaknya ibadah yang kita lakukan tapi kita bersyukur apabila orang merasa selesa dengan kehadhiran kita. Sekurang2 kita kata Alhamdulillah, saya sudah menjadi muslim.

No comments: