Wednesday, 14 March 2012

Bolehkah jama’ Solat Jumaat dan ‘Asar (dalam konteks musafir) ?

Pendapat Pertama
Bagi mereka yang mengatakan bahawa Jumaat is Jumaat (bukan Zuhr), bahawa Jumaat itu berdiri sendiri, maka Jumaat tak boleh di jama’ kan(dicantumkan) dengan Asr. Maknanya untuk yang bermusafir, berhenti solat Jumaat. Teruskan perjalanan kemudiannya masuk waktu Asar, mereka mengerjakan Asr dengan Qasar without jama’. [ TIDAK ADA JAMA’ ]
Pendapat Kedua
Melainkan mereka yang mengatakan bahawa solat Jumaat pengganti Zuhr, mereka mengerjakan Jumaat plus Asr, mereka jama’kan. [ BOLEH JAMA’ ]
Bergantung kepada pendapat masing2.
Hujjah
1. Apabila bermusafir pada hari Jumaat, dia tetap mengerjakan Jumaat 2 rakaat, bukan Zuhr.
  1. Nabi belum pernah menjama’ Jumaat dengan Asr’ walhal Jumaat yang pertama dalam Sejarah Islam Nabi dalam keadaan musafir. Nabi perintah Solat Jumaat itu ketika Nabi dalam keadaan musafir. Nabi berhenti di Lembah Bani Sulaim. Kalau misalnya boleh jama’, of course Nabi sudah solat jama’ Jumaat dengan Asr. Tapi tidak, Nabi hanya solat Jumaat sahaja. Alasannya, tidak ada hadith yang mengatakan Nabi pernah mengerjakan Jumaat dijama’ dengan Asr.
  2. Tetapi bagi yang meyakini Jumaat itu pengganti Zuhr, maka mereka akan mengqiaskan kalau Zuhr boleh dijama’ dengan Asr, lojiknya Jumaat juga boleh di jama’kan dengan Asr.

Hukum Islam itu selalu relevan hingga hari Kiamat
Yang berhujjah “dulu zaman Nabi tu zaman unta. Perjalanan nak ke Madinah itu berapa lama....,tidak perlu berjama' qasar". Mereka, hamba2 Allah yang tidak memahami tentang maqaasid Syariah. Agama kita sudah dicemari oleh doctrine daripada agama2 pagan, penyembah2 berhala. Maqaasid Syariah adalah tujuan2 sesebuah syariah. Maqaasid adalah plural bagi maqsud (tujuan). Contoh Maqaasid Syariah bagi laki2 dan perempuan2 menutup aurat adalah pembentukan peribadi mu’min dan mu’minah yang sejati. Memakai baju longgar, menutup aurat dan bertudung hanyalah simbol yang zahir dari matlamat yang sebenar disebalik itu. Bukan menutup rambut itu, itu hanya simbol. Kalau simbolnya sudah wajib, hakikatnya lebih wajib. Hakikatnya macam mana ? Mereka yang sudah menutup rambut, tubuh, auratnya, dengan pakaiannya harus lebih wajib menutup mata, hati, lidah,hidung, pendengarannya. Sebabnya kalau kita pakai tudung, mulut lacur, yang tak dapat di control, ia baru menudungi kepalanya tetapi tidak menudungi lidahnya. Yang paling berat kita menutup aurat hati. Dengki dengan orang. Tak suka tengok orang berjaya. Itu bermakna kita belum menudungi hati.

No comments: