Sunday, 4 March 2012

Kecelaruan masyarakat - Mana adat , mana ibadat. Mana muslim , mana kafir. Mana mu'min , mana muslim. Mana khilafiyah , mana bid'ah.

Masyarakat hari ini bercelaru membezakan mana itu khilafiyah dan mana itu bid'ah. Sebagaimana bercelarunya mereka dalam membezakan mana adat, mana ibadat. Mana ibadah mana bid'ah. Dah semua dah bercelaru sudah sehingga begitu bercelarunya sampai hari ini, susah kita nak bezakan mana lelaki dan mana perempuan. Kadang2 yang perempuan macam laki2 dan laki2 macam perempuan. Semua bercelaru dah hari ini. Mana yang muslim dan mana yang kafir. Terkadang orang kafir berakhlak  sebagaimana akhlak yang sepatutnya orang islam berakhlak. Dan kerap kali seorang yang bergelar muslim berakhlak dengan akhlak yang dikatakan akhlak orang kafir. Inilah keadaan manusia pada hari ini. Semua bercelaru. Mari kita berdoa kepada Allah, mudah2an kita keluar daripada kecelaruan ini. 


Kita mesti membezakan sebagaimana seorang muslim, cara hidupnya, cara ia berakhlak, tidak boleh sama dengan hidup orang2 yang non-muslim. Cara bercakap. Cara bersikap. Tidak boleh sama. Sama juga dalam beragama. 


Seorang yang bergelar mu'min atau muslim, cara beragamanya tidak boleh menyamai dengan orang2 non-muslim. Diantara ciri khas umat Islam adalah tauhid, the only one. Bermaknanya cara beribadah kita satu sahaja. Ertinya, cara beribadah kita tak boleh sama dengan cara ibadah agama lain. Bermakna mana2 persamaan yang menyamai cara beribadah agama lain, itu bukan Islam. Itu bukan Islam. Contohnya kalau ada orang Islam dia berpayah2 solat, mengerjakan sesuatu dengan cara menyakiti, menyiksa diri sendiri kononnya supaya lagi menghapus dosa, menaiki tarafnya, ada persamaan macam orang hindu. Bermaknanya kalau ada orang Islam macam itu berertinya dia bukan Islam. dia hindu. Islam hanya nama saja, tapi hakikatnya dia hindu. Mana2 doctrine yang menggunakan ini, untuk sampai ke tahap yang tertinggi, terdalam, yang termulia, seseorang itu perlu menyiksa diri samalah macam beragama hindu. 


Agama Islam yang namanya agama tauhid, tauhid maknanya "the only one",  didalam semua aspek, dia satu, dia tak boleh ada persamaan. Sedikit itu ada persamaan itu maknanya bukan Islam. Dari segi akidah, dari segi syariah, dari segi akhlak, mesti satu. Tidak boleh sama. Contonya beribadah memberat-beratkan diri.  Sebaliknya adalagi orang yang kalau nak beribadah, dia mesti nak tau why dia mesti beribadah. Kalau tidak ada jawapan, dia tak mahu buat. Kumpulan yan pertama suka menambah-nambah itu Ifrad (tight) dan sebaliknya contoh kedua, mereka akan lakukan kalau logik mereka menerima, itu tafreed (loose dalam beragama).


Muqadimah Feb 13, 2012

No comments: