Wednesday, 18 April 2012

Bolehkah berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadhan ?


Daripada Abi Hurairah r.a., beliau berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. Janganlah kamu mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya kecuali seseorang yang sudah terbiasa berpuasa sehari sebelumnya maka boleh dia berpuasa.
Maknanya contohnya puasa Ramadhan jatuh pada hari Jumaat misalnya dan orang ini tidak biasa puasa Isnin Khamis, kemudiannya dia sengaja berpuasa untuk menyambut puasa Ramadhan, dia berpuasa pada hari Khamis, itu tidak boleh, itu haram. Melainkan bagi orang yang sudah terbiasa puasa hari Khamis. Itu tidak apa. Maknanya kebetulan besok Jumaat puasa Ramadhan, dan hari ini hari Khamis, memang dia dah biasa, itu boleh.
Tapi kalau saja-saja; contoh Ramadhan jatuh pada hari Isnin, Untuk menyambut Ramadhan itu, hari Ahad itu dia berpuasa. Itu tidak boleh. Itu haram hukumnya.
Hadith in adalah bukti/dalil pada pengharaman puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan - keterangan kitab subulus salaam ( syarah Bulugh Al-Maraam, Imam Ash-Shan’ani ).
Qadha’ iaitu hutang yang belum berbayar itu boleh. Yang tak boleh itu saja2, iaitu dia saja2 puasa menyambut Ramadhan.
Bahkan ada satu hadith yang berderajat marfu’ bermakna hadith yang tidak sampai pada darjat soheh tetapi dijadikan sebagai keberhatian. 
Apabila telah sampai ke pertengahan bulan sya’ban, maka janganlah kamu berpuasa. Ini diriwayatkan oleh As-haabu sunan iaitu Imam Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibn Majah, mereka yang memiliki kitab Sunan. 
Apa itu hadith marfu’ ? Ia adalah hadith yang merujuk/disandarkan terus pada Rasulullah, orang tengah tak ada. Boleh dikatakan ia diriwayatkan oleh tabiin atau sahabat, tanpa melalui sanad, terus pada Rasulullah. tanpa melalui rantaian.
Contoh hadith marfu’  adalah saya sahabat Rasulullah. Saya mendengar hadith ini daripada kawan saya yang sama2 sahabat Rasulullah, bukan terus daripada Rasulullah. Tapi saya kata Nabi berkata....padahal bukan saya yang mendengar terus daripada Nabi, sahabat saya yang mendengar. Yang mendengarnya direct adalah sanad.
Hadith marfu’ in paling tinggi derajatnya adalah hasan, tidak sampai kepada soheh- maknanya boleh dipakai.
Kalau ada larangan berpuasa bulan Sya’ban macam mana orang-orang yang berpuasa sebulan sebelum Sya’ban. Rejab dia bermula...Nabi pun tak buat.

Semua hadith2 yang menyuruh/mengalakkan orang berpuasa pada bulan Rejab dan Sya’ban adalah hadith2 lemah bahkan palsu.

Kita cuba elak dari suka bersaja-saja dalam beramal.

Dalam hadith ini ada larangan tapi tidak ada “balasan nya”(consequence) maka.......Iaitu kalau kamu berpuasa makaIa adalah larangan yang jatuh pada makruh tanziih ( perkara yang dibenci Allah dan tolong elakkan), paling tinggi pada makruh tahrim( yang di benci oleh Allah yang hampir2 haram) (istilah makruh ini adalah dalam mazhab Hanafi).
Contoh makruh tanziih seperti tidak menjaga kebersihan, orang tak suka. Makruh tahrim adalah sesuatu yang boleh memudharatkan diri tetapi tidak ada nas yang jelas mengharamkannya.
Sesuatu perintah menjadi wajib selepas perintah itu ada ancaman. Maka dia menjadi wajib. 
Larangan akan menjadi haram apabila ada janji pahala contohnya seseorang yang meninggalkan ini akan mendapat ini .  
Tetapi ada perintah tidak ada ancaman, ia menjadi sunat atau galakkan. Contohnya perintah solat witir.  Nabi kata berwitirlah wahai ahli Quran. Itu perintah. Kalau kita ambil bulat2 kaedah ini bermaknanya wajib. Untuk menjatuhkan kepada hukum wajib atau sunat kita periksa, ada perintah, kemudian cari ada tak ugutan bagi sesiapa yang tidak buat mengikut perintah tersebut.  Ternyata dalam  bab solat witir tidak ada ugutan, yang ada hanya perintah.Tiada ugutan, kalau tak buat tidak apa, maknanya ia sunat. 
Itu cara memahami bilamana sesuatu wajib dalam bentuk perintah atau haram dalam bentuk larangan.


Rujukan : Bulugh Al-Maraam Kitab As-Siaam,  # 257

No comments: