Wednesday, 18 April 2012

Syarat mempelajari fiqh atau hukum hakam syariah


Apabila kita berbincang isu tentang syariat, atau hukum hakam Islam, maka kita pasti dan akan sentiasa tertededah kepada yang namanya khilaf. Jadi bila2 masa sahaja apabila seseorang masuk kepada urusan yang namanya syariah, iaitu hukum hakam Islam, maka dia terdedah kepada apa yang dinamakan dengan khilaf. 
Khilaf adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan didalam masaalah fiqh atau fiqah. Masaalah khilaf adalah masaalah yang lazim dan mesti terjadi. Walaubagaimanapun kita mencuba lari daripadanya, bila kita masuk dalam lingkup perbincangan fiqh maka pasti  kita akan hadapi dengan apa yang dipanggil dengan khilaf.
Sehingga, seorang apabila mempelajari fiqh atau hukum hakam syariah maka mereka harus mempunyai sifat/dasar dalam dirinya iaitu sifat berbesar hati dan sifat berlapang dada. Itulah syarat orang yang ingin mempelajari fiqh.
Sebabnya fiqh dikategorikan sebagai ilmu untuk orang dewasa. Maknanya orang yang masih emosional, yang masih menggunakan perasaan berbanding akalnya seelok-eloknya jangan belajar fiqh dahulu, tangguhkan dahulu.
Fiqh maknanya kefahaman. Yang namanya faham adalah kalau ada 10 orang yang memasuk tajuk, mereka memiliki pemahaman yang berbeza antara suatu dengan yang lain. Maka sifatnya perbezaan pandangan dalam fiqh itu boleh sahaja, tiada masaalah. Yang penting masing2 yang berbeza mempunyai dasar atau dalil. Itu yang mustahak.
Bermakna tidak boleh seseorang menjadikan figure/orang lain sebagai rujukan dalilnya. Kalau berhujjah, kita boleh berbeza pendapat tetapi masing2 daripada kita mesti membawa dalil. Kalau masing2 sudah ada dalil maka boleh, berpandu kepada dalil yang dia ada, dia boleh teruskan. Tapi apabila salah seorang berpandu kepada figure Ustaz, atau figure seseorang maka ditolak alasannya.

No comments: