Monday, 30 April 2012

Syarat menentukan awal bulan - Kitab As-Siyam (fasting)


Hadith daripada Ibn Umar, anaknya Umar, Abdullah bin Umar r.a.. beliau berkata ‘Manusia ketika pada suatu masa dahulu, pada zaman Nabi, sedang menunggu untuk melihat anak anak bulan. Kemudian aku datang dan mengkhabarkan kepada Nabi s.a.w. sesungguhnya aku betul2 telah melihatnya.
(Dalam bahasa Arab bila ada past tense diawali dengan “inni” bermakna “aku telah betul-betul”.)
Maka Nabi kemudiannya terus berpuasa dan Nabi pun memerintahkan manusia keseluruhannya untuk berpuasa.'[ Hadith Abu Daud dan disohehkan oleh Al-Hakim dan Ibn Hibban.]
Fiqh-ul-hadith : Fiqh pemahaman hadith - Dalam hadith ini seorang syaahid/saksi, yang melihat anak bulan, sudah mencukupi untuk menetapkan awal bulan Ramadhan.
Anak bulan mesti jelas, semua nampak, maka barulah dia boleh mengisytiharkan untuk awal Ramadhan atau sebagai awal syawal.
Tapi kalau dia tak yakin, dia kata “macam” anak bulan bermakna si saksi pun tak yakin, maka tidak boleh ditentukan awal bulan.
Disyaratkan oleh para ulama’ fiqh meskipun dalam hadith ini telah mencukupi satu orang sebagai saksi  untuk menentukan awal bulan, orang itu mestilah orang yang amanah yang diyakini ke Islamannya.
Rujukan Bulugh-Al-Maram, The book of Siyam (Fasting) No. 530

No comments: