Wednesday, 2 May 2012

Meletakkan niat puasa sebelum fajr dan bezanya niat dan melafazkan niat


Kata Hafsah Ummul Mu’minin Nabi bersabda ‘Sesiapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajr maka dikatakan puasa dia hari itu tidak sah’  - Hadith in diriwayat oleh 5 orang imam,(selain Bukhari Muslim) dan Imam Termizi dan Imam Nasa’i cenderung mentarjihkan hadith ini mauquf, yang sanadnya terhenti setakat sahabat sahaja, tak sampai kepada Nabi. Paling tinggi hadithnya hasan. Kalau hadith munqotiq maknaya hadith yang terputus sampai tabi’in sahaja, tak sampai sahabat atau Rasulullah. Ini istilah2 dalam mustolahul hadith.
Tapi disohehkan oleh Ibn Huzaimah bahawa hadith ini hadith marfu’ iaitu daripada tabi’in terus kepada Rasulullah.
Bagi Imam Daruqutni pula ‘Tidak ada puasa (tidak dikira berpuasa) sesiapa yang tidak menfardhukan (meletakkan niat)  pada sebelah malamnya’.
Berniat berbeza dengan melafazkan niat.
Contohnya selepas solat subuh tadi, terlintas di hati hari ini hari Isnin, ada kelas ni. Itu berniat. Adakah kita perlu lafazkan niat, “Sengaja, hari ini  hari Isnin, 31 haribulan aku berniat untuk datang ke kelas”. Tidak.
Apa itu Niat ? An-Niatu Al-Qostu. Al-Qostu maknanya lintasan hati untuk melakukan satu2 perkara. Itu namanya niat. Lintasan hati. Berniat bukan  bermakna melafazkan niat.

Solat mesti berniat, bukan melafazkan niat. Orang yang waras mesti ada berniat dihati. Berniat itu mesti. Berpuasa mesti ada niat bukan melafazkan niat. Itu berbeza.
An-Niatu Al-Qostu. Al-Qostu itu ada dua makna. Lintasan hati atau menyegajakan.

Fiqh-ul-Hadith - Malam Ramadhan kita sudah meniatkan mulai 30 Sya’ban, kita pun terlintas dihati 'Ya Allah besok dah Ramadhan, kita berpuasa'. Itu dah niat dah tu. Kita bangun sahur untuk puasa itu sudah masuk niat. Tidak mesti kena lafazkan. Mengingatkan besok akan berpuasa itu sudah niat. 


Rujukan Bulugh-Al-Maram, The book of Siyam (Fasting) No. 532

No comments: