Monday, 18 June 2012

Bulan Ramadhan Ini

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh para kekasih Allah, mereka yang mencintai Allah, mereka amat sangat teringin segera menjumpai dengan bulan Ramadhan. Tetapi ahli maksiat, mereka adalah golongon yang paling takut, paling kecewa, paling sedih apabila masuk kepada bulan Ramadhan. Sebab mereka rasa terhalang daripada melakukan maksiat. Samaada kita termasuk kepada golongon aasim atau pun orang yang mukmin, kita refer kepada diri kita sendiri bagaimana sikap kita kepada bulan Ramadhan. Persiapan kita menjelang Ramadhan harus lebih daripada persiapan kita menjelang Aidil Fitri. Kita mesti tahu menilai, membezakan mana pasir, mana berlian, mana mutiara. Ramadhan itu adalah berlian. Aidil Fitri itu hanyalahlah pasir. Sebagaimana orang2 yang beriman mereka begitu teramat  sangat rindu berjumpa dengan Ramadhan sehingga mereka menyiapkan dirinya, keluarganya, rumahnya, seakan2 menyambut tetamu agong. Ini sikap kita kepada Ramadhan. Dan kita bersederhana apabila kita ingin meninggalkan bulan Ramadhan. Dan kita  masing2 berdoa dalam hati, 'Mudah2an Allah dapat memberi kesempurnaan kepada kita pada Ramadhan pada tahun ini'.  InsyaAllah. Kita cuba improve, tingkatkan kualiti ibadah kita dari tahun ke tahun dan dengannya insyaAllah Allah akan melihat kesungguhan kita dalam melaksanakan ibadah bulan Ramadhan itu akan menutupkan kekurangan kita pada Ramadhan2 yang lepas InsyaAllah. Inilah masa nak mengemas rumah. kalau nak cat rumah, cat rumah sekarang, cari baju cantik sekarang menjelang Ramadhan.

No comments: