Tuesday, 12 June 2012

Cerita tentang orang Munafik


CERITA TENTANG ORANG MUNAFIK
Ayat 8-20 dalam surah Al-Baqarah menceritakan tentang orang munafik.
Kalau kita lihat surah Al-Baqarah ayat 1-20, cerita tentang orang beriman, 5 ayat. orang kafir, 2 ayat. orang munafik, 13 ayat. (dari 8-20) Kata Ibn Kathir,  menunjukkan bahawa orang munafik itu more dangerous daripada orang kafir. Kenapa ? Orang munafik dia berpakaian seperti kita, dia solat bersama kita, bahkan dia berada dalam saff bersama kita, dia bermuka manis dengan kita. Tetapi bila kita lalai, dia tikam kita daripada belakang. That’s why dalam Al-Quran orang kafir 2 ayat sahaja ( ayat 6-7, Al-Baqarah). Allah secara ringkas mengatakan, orang kafir itu, kamu nak nasihatkan dia ke, tak nak nasihatkan dia, sama saja, dia tak akan beriman. Why ? Sebab dah tutup hati dia, pendengaran dia, mata dia. Maknanya tak payah sibuk dengan orang kafir. Itu kerja Aku kata Allah. Tapi kamu kena careful dengan orang ini. Siapa orang yang kamu perlu berhati-hati ? Ia itu diantara manusia  adalah yang dia sentiasa berkata “kami beriman dengan Allah. Kami beriman dengan hari akhirat.” Tapi Allah kata dia tak beriman pun. 
Allah menceritakan tentang orang2 munafik yang kita mesti kenal. Kenapa Allah ceritakan ini ? Supaya dalam hidup ini  kita tahu mana kawan mana lawan. Kita akan kenal dalam awal2 surah Al-Baqarah. Di sini, Allah tak cerita pun bab solat, bab zakat, bab haji. Allah cerita kamu kena kenal orang kafir. Kamu kena kenal orang munafik.
 Apa ciri2 orang munafik ? 
  1. Mereka cuba menipu agama Allah. Contohnya : Mereka yang mengatakan Al-Quran is not relevan, sunnah Nabi itu sunnah zaman Unta, pakai tudung itu panas tak modern, solat itu buang masa. Benda yang sudah sabit dalam Al- Quran mereka pertikaikan.
  2. Dan mempermainkan orang beriman. Ada orang beriman, rajin solat tapi dia mempunyai perasan hasad dengki dan malas - Dia tak suka tengok orang lain maju. Terkadang kita dipermalukan oleh orang kita sendiri seperti di kebanyakan masjid, yang tong (kutipan derma) lalu. Di gereja tak ada macam itu. Ketika khutbah, wajib mendengar tapi ketika khutbah itulah budak2 di suruh bawa tong, waktu tengah khutbah. Ini menentang sunnah Rasulullah s.a.w. Kita menunjukkan inilah wajah umat Islam sampai kepada peringkat dimana untuk membangun Islam, kita perlu mengemis. Kita tidak akan dapat ini di gereja. Seperti kata orang Melayu, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kalau orang nak bersedekah tak payah kita hantar tong, dia akan cari tong tu. Tapi kalau orang tu kedekut, kita letak tong depan muka dia pun dia takkan bagi duit. Menunjukkan imej umat Islam. Sehingga hari ini, ada yang waktu khutbah Jumaat, masih tengah makan di gerai2 di hadapan. Padahal khutbah adalah rukun. Kan Nabi kata ketika khutbah Jumaat disampaikan kita mendengar budak bising ataupun orang tengah bercakap,  kita tegur dia “shh” pun kita batal pahala Jumaat. Apatah lagi kita bercakap. Sedangkan kita tegur orang bercakap pun tak boleh. Kita pun hilang pahala. 
  3. Hakikatnya mereka takkan mungkin mempersendakan Agama Allah melainkan mereka mempersendakan diri mereka sendiri dan mereka tidak pernah menyedarinya.
  4. Dalam hati mereka terdapat penyakit.
  5. Maka kemudian Allah menambah penyakitnya. Dan bagi mereka seksa yang pedih. Orang munafik, dia benci pada Islam, walaupun mereka sendiri orang Islam.
  6. Apabila dikatakan pada mereka jangan buat kerosakan di bumi Allah. Contohnya bila kita kata “jangan buat Kelab Dangdut” dan yang pusat2 yang melekakan generasi muda, mereka kata “Malah kami yang membuat perbaikan, kita perlu rumah2 urut, kelab2 dangdut, untuk menunjukkan kami ini moden.”
  7. Ketahuilah kata Allah “sesungguhnya mereka yang membuat kerosakan.”
  8. Tapi mereka tak sedar.
  9. Apabila dikatakan kepada mereka “berimanlah kamu sebagaiman orang lain beriman”, Mereka menjawab “Adakah kami beriman sebagaima berimannya orang2 yang jahil, yang bodoh”
  10. Allah menjawab “sesungguhnya mereka itu yang bodoh” 
  11. Hanya sahaja mereka tak tau yang mereka itu bodoh. Contohnya bila disuruh mereka beriman ikut Allah dan Rasul, mereka gelar2 kan dengan nama, chop, mereka labelkan dengan sifat yang negatif, “kaum muda” dan sebagainya.
  12. [2:14]. Apabila mereka berjumpa orang yang beriman, mereka berkata mereka beriman tapi apabila mereka kembali kepadi syaitan2 ( ketua2 mereka), mereka kata kepada ketua mereka “ don’t worry, aku bersama engkau, yang tadi aku cakap tu gurau saja”
  13. Sesunguhhnya Allah yang mempersendakan mereka dan Allah membiarkan mereka dalam kesesatan mereka yang berpanjangan.
  14. Mereka itulah adalah orang2 yang sudah memperjual belikan kesesatan dengan hidayah.
  15. Maka sekali2 tidak akan pernah perniagaan mereka itu mendapat keuntungan, dan tiadalah sekali2 mereka mendapat hidayah Allah. Allah gunakan istilah perniagaan (tijaarah) di sini. Orang2 munafik ini pada asalnya diberi iman oleh Allah. Tetapi mereka menukar iman ini dengan nifak.  Mereka sudah berani menukar ( menjual beli)  iman mereka iaitu hidayah Allah dengan nifak (sifat munafik). 
  16. [2:17] Perumpamaan orang munafik dalam pandangan Allah seperti/seumpama orang yang menyalakan api. Maka ketika terang sekelilingnya disebabkan api tersebut, Allah hapuskan cahaya api tersebut. Dan Allah biarkan mereka dalam kegelapan. Mereka langsung tak dapat melihat. Ini adalah bahasa kinayah, sindiran. Dalam ilmu balaghah sastera Arab, di panggil sindiran. Dalam bahasa sastera Melayu, bidalan.
  17. Umpama orang munafik ini orang yang sudah diberi hidayah oleh Allah tapi mereka menukar cahaya(hidayah) Allah tersebut, mereka tidak gunakan hidayah Allah tersebut maka Allah padam cahaya itu. Akhirnya mereka dalam keadaan gelap, dia tak nampak mana yang benar, mana yang salah. Orang yang tak dapat pimpinan/bimbingan dari Allah mereka terkapai-kapai, dia tak tahu. Dia rasa elok, dia buat. Contohnya Ahli bid’ah.
    • Dalam hadith Nabi, syaitan itu lebih suka Ahli bid’ah daripada Ahli Maksiat. Kenapa ? Ahli maksiat, sebab dia tau itu maksiat, bila dia sedar, dia akan segera bertaubat dan berhenti dari membuat maksiat, Tapi ahli bid’ah, dia takkan bertaubat, dia tidak akan merasa dia salah, dia merasa benda ni elok, benda ni baik dia tak akan berhenti daripada bid’ahnya. Kalau benda ini baik kenapa saya perlu berhenti, kenapa saya perlu bertaubat ? Sebab itu syaitan itu lebih suka ahli bid’ah dari ahli maksiat. Ahli bid’ah kita nasihatkan macam mana pun dia tak boleh terima.
      • Contohnya : Yasin pada malam Jumaat. Membaca Yasin tak salah. Tapi mengkaifiyahkan/ menghadkan Yasin mesti dibaca pada malam Jumaat dengan cara tertentu. Jadi membaca Yasin ada. Upacara Yasin tak ada. Upacara Yasin bermaksud diatur sedemikian rupa. Dengan cara-cara sebegini. 
      • Tahlil ada. Tahlilan (upacara tahlil) tak ada. Bermaknanya baca tahlil ada tapi membuat upacara tahlil tak ada, iaitu yang  diatur mesti dimulakan dengan al-ikhlas, al-falak dan seterusnya.  Sesuatu yang basically simple tapi kita sudah buat ia menjadi sesuatu yang menyusahkan. 
      • Dalam Islam ada Aqiqah tak ada upacara Aqiqah. Aqiqah ini ada kenduri kesyukuran. Bermakna kita dah masak.  Lepas itu kita hidang pada orang. Itu sahaja. Tak ada upacara baca Yasin, baca tahlil.
      • Dalam Islam ada tahnik, tapi tak ada upacara tahnik ( Tahnik : dapat anak, cari orang alim, bawa anak, bagi tuan guru tu, dia baca ayat Al-Quran, makan Kurma, yang bahagian yang lembut dia bagi pada anak tersebut - habis- selesai) Kalau buat upacara tahnik, kita panggil marhaban, buat khemah, sewa katering dan sebagainya akhirnya sesuatu yang modalnya dua biji kurma lama2 jadi 2 ribu ringgit.
      • Nabi kata bacakanlah kepada orang yang nak mati surah Yasin. Tapi kita dapat anak dapat cucu baca Yasin. Tak kena gaya. Di sini almost all aktiviti orang Melayu semuanya Yasin, nak kahwin baca Yasin, nak cerai baca Yasin, dapat anak, pindah rumah, buka kedai baca Yasin, naik Haji baca Yasin, balik haji baca Yasin. 114 surah dalam Al-Quran tertutup dengan Yasin. Seakan-akan 113 surah yang lain itu tidak ada makna. Dalam surah Yasin disebut, Al-Quran ini berfungsi untuk memberi peringatan bagi yang hidup (man kana haiyya) sahaja. Untuk yang hidup sahaja. Yang mati dah pass away, dah berlalu.
      • Padahal Nabi s.a.w. sudah menentukan sesiapa yang di rumahnya dibacakan surah Al Baqarah maka akan dijamin daripada tidak masuki oleh syaitan selama 3 hari. Nabi sebut Al-Baqarah. Nabi tidak sebut surah Yasin. 
      • Kemudian sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi (Al-Kahfi, Allah tak sebut surah Yasin)  pada malam Jumaat, Allah akan beri kemuliaan pada hari akhirat. Masing2 surah dalam Al-Quran ada kelebihan masing2. 
      • Dalam bab pass pahala. Teorinya saya yang makan, tapi orang lain yang kenyang. Saya baca Al-Quran, yang dapat pahala mak saya, misalnya. Mana mungkin. Kalau boleh pass pahala kepada orang mati, boleh tak pass pahala kepada orang yang hidup ? Buktinya, Imam Syafie mengatakan bahawa seseorang itu tidak ada balasan apa2 melainkan apa yang dia kerjakan.Yang  Nabi kata anak yang soleh yang MENDOAKAN mak bapa bermaksud yang sampai adalah doa anak yang soleh, bukan pahala. Kalau anak yang soleh, dia yang dapat pahala, yang sampai adalah doanya. 
      • Dalam khatam Al-Quran, Nabi kata sesiapa yang menyaksikan orang yang khatam Al-Quran maka dia mendapat pahala sebesar Jabal Uhud. Contohnya seseorang itu khatam, kita dengar bacaan nya itu. Kita perhatikan dan semakkan yang dia baca itu. Maka kita balik rumah, kita dapat pahala sebesar Jabal Uhud. Bermakna yang mendengar mendapat Jabal Uhud, yang membaca itu berjabal-jabal pahalanya. Simple. Tak perlu ada upacara, tak perlu pulut kuning, upah orang bungkus telur, letak pelamin. Islam is simple. Lepas khatam, kita berdoa kepada Allah, doa khatam Al-Quran. Akan diaminkan  oleh beribu malaikat. Kalau kita kata, kita ada makan sikit, tiada masaalah tapi jangan di sempenakan atau diwajibkan dengan khatam Al-Quran.
Masyarakat, bila dalam bab lain dia sensitif, dia particular. Katalah dia nak beli barang, dia tanya expiry date bila ?, baju jenama apa ?. Kita nak beli bag, kita tanya kulit betul ke tak betul? Campur ke tak campur ?  Tapi bab agama, tak sensitive, tak particular. Bermakna kita dah double standard dengan agama kita. Apa orang kata, buat, kita buat. Orang kata baca, kita baca. Orang kata letak, kita letak. Nanti bila nak berniaga orang kata pelaris letak tulisan ini, kita  kata ya. Tak tanya dari mana dalilnya. Adakalah Nabi menyuruh letak di premis perniagaan ? 

No comments: