Wednesday, 13 June 2012

Mak Kandung, Mak Mertua


Mak kandung, Mak mertua
Islam itu maha adil. Bila sesorang, beristeri, maka dia tak boleh menganggap mak kepada isteri itu ‘itu mak dia’. Sehingga dalam Islam tiada istilah 'mak mertua, mak kandung'. Timbul masaalah apabila mak kepada isteri datang, suami pergi tidur, ‘engkau layan lah mak engkau’ . Timbullah istilah ‘mak engkau’. Ini akhirnya menjadi double standard. Sebab itu, Islam mengatakan ‘Wahai para suami, layanlah emak kepada isteri kamu sebiji macam mak kandung kamu’. Sebagaimana dia menjaga hati mak kandungnya dia kena menjaga hati mak mertuanya. Sebab kenapa ? Wanita bila berkahwin, dia mesti ikut suami. Isteri mesti sokong suami. Masaalah timbul bila suami pandang mak kita, ‘mak mertua’. Dia tak pandang macam mak dia. Itu timbul perasaan, banyak kes dalam rumah tangga, bila mak isteri dilayan macam orang asing. Bermaknanya suami itu tak faham Islam.
Isteri tak ada istilah derhaka kepada mak bapak selama dia taat kepada suami
Tapi suami pula tak ada istilah derhaka kepada isteri tapi yang ada adalah, istilah derhaka kepada mak bapak
Mak bapa ini pula tak semesti ‘ini mak kandung aku, itu mak engkau’, tak ada. mesti mak aku, mak engkau - mak engkau, mak aku
Sebagai suami, ‘bagaimana saya melayan mak saya, saya pun wajib melayan mak isteri saya macam saya layan mak saya’. 
Barulah adil.
Sebab dalam masyarakat Melayu ada mengekal istilah ibu kandung, mak mertua. Cari dalam Al-Quran, hadith tidak ada istilah mak mertua. Tak ada. Mak sama semua.

No comments: